Anak lahirnya adalah bersih dan suci. Tiada istilah memang sudah manja sedari kecil dan kerana ianya masih kecil, dan kerana itu la sikapnya manja. Itu salah sekali, ini kerana jika dilihat setiap anak-anak adalah berlainan sifatnya mengikut bagaimana cara ibu bapanya mendidiknya.
Anak itu mengikut jejak langkah bagaimana ibu bapanya melayan kerenahnya, andai anda bertegas maka ank mungkin akan lebih berdikari dan kurang manjanya. Berlainan pula jika anda ibu bapa yang sentiasa manjakan anak, maka anak anda lebih cenderung kepada sikap manja dan mengada-ngada.
Tiada salahnya memanjakan anak, tetapi biar berpada-pada dan jangan sampai memakan diri sendiri pula akibat terlalu manjakan anak. Berikut merupakan antara perkongsian yang dikongsikan oleh Ustazah Isfadiah yang merupakan seorang Penceramah Bebas dan Motivator bengkel mahupun seminar berkaitan kekeluargaan, keibubapaan dan Bina Insan, 3 sebab yang menjadi punca anak jadi manja mengada-ngada sebagai panduan bersama.
Ikut Cakap Anak
Jangan terlalu mengikut arahan anak, jika anak mahukan sesuatu maka ibu bapa seharusnya melatih anak anda untuk lebih berdikari. Bukan tidak sayangkan anak, cuma jangan terlalu biasakan anak mengarah ibu bapa dan ibu bapa hanya mengikut arahan pula.
Cara Terbaik: Biasakan anak sabar menunggu, di saat dia meminta sesuatu jelaskan padanya apa yang diingininya perlu melalui proses persediaan, kalau perlu terangkan langkah-langkahnya terangkanlah.
Jika anak ank tidak faham, rajinkan diri anda sebagai ibu bapa menerangkan apa yang perlu. Jangan malas mengajar anak ya.
Serba Salah Nak Tegur Dan Tegah Anak
Jangan takut tegur anak, jangan rasa bersalah marah anak, ia akan mengajar erti takut dan hormat kepada kita sebagai kedua ibu bapanya.Adakalanya ramai ibu bapa yang terlalu sayang dan terlalu takut hendak marah anak.
Perasaan ini menyebabkan anak rasa apa yang dilakukannya adalah ok. Diam kan tandanya setuju. Sedari kecil anak perlu diajar tentang apa yang salah dan apa yang betul, jika panjat meja adalah etika yang salah segeralah sampaikan maklumat tersebut pada anak, sama ada mengangkatnya turun dari meja atau kenalkan padanya tentang perbuatan itu salah atau beri alternatif aktiviti yang lain.
Anggap Anak Kecil Lagi
Anggapan ini menyebabkan kita ambil mudah potensi berdikari pada diri anak. Mengharapkan anak akan faham bila dewasa nanti dan mengambil alih potensi mandirinya akan menjadikan anak itu terbiasa jadi “tuan” serta tidak kenal keupayaan diri.
Anak yang biasa dengan kerja di rumah, diberi kepercayaan untuk mengurus dan membersihkan dirinya di samping ibubapa sebagai pemantau yang rapi, akan menjadi anak yang matang dan berjiwa pemimpin.
Sedari kecil kita seharusnya dedahkan mereka dengan suasana pekerjaan, contohnya jika hendakkan sesuatu, dia harus usaha, dan jangan hanya mengaharapkan ibu bapa sepenuhnya.
Jangan terlalu berlembut, boleh manjakan anak, tetapi biar ketegasan itu terselit sama. Biar anak tahu apa yang boleh dan apa yang tidak boleh. Bukan semua boleh diikut kemahuannya. Dan ada masanya mereka harus patuh dengan arahan kita sebagai ibu bapanya.
Jangan takut marah anak, jangan takut hendak rotan anak. Mereka harus di didik dengan betul sedari kecil. Rotan bukan bermakna mendera anak, tetapi mengajar mereka erti takut melakukan kesalahan.
Sumber: Ragamanak.com