Bulan ramadhan adalah bulan mulia yang dinanti-nantikan oleh umat islam, termasuklah wanita hamil, mereka gigih berpuasa untuk mendapat keberkatan di hari mulia bulan puasa, sehinggakan ada yang sampai muntah-muntah kerana perut masuk angin, ada yang tidak larat sehinggakan badan menjadi lemah dan tidak bermaya.
Adakah anda tahu bahawa berpuasa ketika hamil boleh memudaratkan kandungan anda? Bagi yang memiliki ketahanan badan dan kandungan yang kuat, mungkin boleh meneruskan niat ingin berpuasa, tetapi jika kandungan anda lemah dan badan tidak kuat, sebaiknya anda tidak berpuasa demi menjaga kandungan dan juga diri anda sendiri.
Nak tahu lebih dan tip berpuasa bagi wanita hamil, anda boleh baca perkongsian dari Medical Doctor, Medical Homeopath, Life Coach and Energy Healer, Dato Dr. Suriyakhatun Osman ini…
Seperti yang sedia maklum, wanita hamil tidak wajib puasa namun ramai wanita akan berpuasa juga semasa hamil sebab susah nak ganti pada bulan lain. Ini sebab utama. Sebab yang lain adalah kerana wanita hamil mahukan pahala ibadah puasa dan sayang serta rasa bersalah untuk tinggalkan puasa seolah dia berdosa pula.
Tetapi, apa pula kesan untuk anak yang dikandung? Jika ibu mengandung mengalami gejala ini,
1. kurang darah / kurang zat galian
2. tidak naik berat badan seperti yang sepatutnya
3. kurang selera makan semasa berbuka dan sahur
4. makan tak betul (tidak ada nutrisi dan tidak seimbang) semasa berbuka dan sahur
5. ada penyakit yang menjejaskan penghazaman
6. ada penyakit kronik yang lain
7. hampir cukup bulan (bahaya prem labour kalau hypoglycaemic)
8. sering pitam dan peluh sejuk semasa puasa
9. tekanan darah terlalu rendah
10. gestational diabetes (kencing manis waktu mengandung);
Berkemungkinan besar puasa ibu akan menjejaskan perkembangan bayi dalam perut dan membawa masalah kesihatan yang kronik pada bayi. Antaa tips berguna untuk wanita hamil ingin meneruskan niat berpuasa di bulan ramadhan ialah
1. Air, minum air kerap sepanjang malam. Air perlu bersih dan bertapis, bukan air masak, bukan air RO, bukan air mineral yang dibeli ( plastiknya ada toksin)
2. Ambil snek yang padat energy seperti nuts : gajus, pistachio, sunflower seeds, pumpkin seeds, almonds etc . Snek ini boleh makan lepas berbuka, sehingga sejam sebelum tidur dan lepas sahur sebelum imsak.
3. Bersahur paling lewat yang boleh, makan makanan seperti saya sebutkan
4. Tambah dengan protein drink yang baik dan tanpa kimia. Baca betul-betul label protein drink yang nak dibeli, pastikan tidak ada kimia atau bahan tambahan yang bahaya untuk kandungan atau anak menyusu. Awas ada herba yang juga tidak baik dimakan ibu mengandung dan menyusu dan ada produk dalam pasaran yang ada herba untuk kuruskan badan. Pengedar tidak bertanggung jawab mengesyurkan untuk ibu mengandung /menyusu. Awas pemanis tiruan dalam minuman.
Minuman yang banyak asid amino termasuk bone broth, marine collagen dan gam arab.
Boleh juga tambahkan makanan seperti kurma buah dan gum arabic sebab makanan ini senang hazam ada serat dan tinggi nilai nutrisi.
Makan makanan yang nutrisinya padat. Chlorella adalah makanan yang padat nutrisi dan membantu heavy metal detox. Saya tidak sebut spirulina sebab ia mengandungi neurostimulant yang mungkin tidak sesuai semasa mengandung walaupun ia padat nutrisi juga.
5. Elak makanan segera, makanan tiruan dan makanan dalam tin. Bila kita berpuasa bahan toksik dari makanan berproses lebih mudah masuk ke dalam air susu ibu.
6. Amalkan scrubbing kulit, pastikan lawas buang air besar dan senaman ringan waktu petang untuk keluarkan peluh (detox juga)
7. Optimakan kesihatan usus dengan probiotic dan prebiotic serta enzyme, antara makanan tradisi kita yang ada enzyme adalah tempoyak dan tempe mentah! Rajinlah makan dengan ulaman.
8. Kobis, pudina dan terlalu banyak pengambilan “herbs” boleh kurangkan susu. Begitu juga ada yang dapati Chia seeds kurangkan susu sedangkan halba dan ulam ulaman banyakan susu.
Ingatlah wahai ibu, jaga kesihatan anda dan juga kandungan anda, Jika anda rasa anda mampu untuk berpuasa, puasa la. Jika anda rasa tidak tahan dan mengalami penat yang keterlaluan, maka anda disarankan. Ini kerana penting untuk para ibu menjaga kandungan.Jangan memaksa diri sehingga menjejaskan diri dan kandungan
Sumber: Mingguan Wanita