Bagi sesetengah pasangan, keintiman hubungan setelah berkahwin kurang diberi perhatian, bagi mereka itu semua tidak perlu pun. Sedangkan keintiman dan kemesraan selepas berkahwin adalah yang sangat penting untuk memastikan keutuhan sesebuah keluarga.
Selalunya si isteri tahu bagaimana untuk memainkan peranan sebagai seorang isteri dan ‘kekasih’ buat suaminya, tetapi berlainan pula dengan si suami. Ini kerana kebanyakkan si suami lebih suka bertindak serius dan jarang sekali bertindak romantik dengan isteri. Bukan la salah pun jika anda hendak bermanja dengan isteri anda, sudah halal kan, bukan sahaja seronok malah dapat pahala lagi.
Ada segelintir lelaki yang malu hendak bermanja dengan isteri, tetapi bermanja dengan wanita selain isteri boleh pula! Ini tidak boleh dibiarkan ya, sudah ada yang halal, yang haram juga dicari. Jom kita lihat antara tips berguna buat si suami untuk bermanja dengan isteri.
Panggil isteri dengan nama yang baik-baik
Sesetengah lelaki, suka sangat memanggil isteri dengan panggilan ‘ibu, mak’, bukan la tidak manja, cuma sesekali cuba la belajar untuk memanggil isteri anda dengan panggilan lebih manja, contohnya ‘yang’ , ‘sayang’, ‘mylove’. Baru la
Bukankah Rasulullah juga memanggil isterinya, Aisyah, dengan gelaran pendek lagi manja “Aish”?
Bergurau senda dengan isteri
Apabila pulang dari kerja, muka itu janganlah serius sangat. Perbanyakkan bergurau dengan isteri yang seharian terperap di rumah dengan anak-anak.
Bukankah Rasulullah juga bergurau senda dan bermain-main dengan isterinya? Siap berlumba lari dengan Aisyah lagi!
Melayan isteri dengan lembut dan baik
Suami mithali juga pasti akan berlembut dan berbaik dengan isteri. Wanita yang akan menjadi teman sehidup dan semati itu pasti tidak akan dikasari secara fizikal mahupun emosi.
Bukankah itu antara nasihat utama dalam khutbah terakhir Rasulullah?
Membantu hal kerja rumah
Kerja rumah bukan hanya tugas isteri ya, anda perlu menolong mereka tanda anda menghargai mereka. Lagipun dalam islam sendiri mengatakan bahawa tugas kerja rumah itu tugas suami, isteri hanya sebagai pembantu suami sahaja.
Memuliakan dan melayan ibu bapanya dengan baik
Tiada yang lebih bermakna dalam hidup isteri selain ibu bapa mereka selepas anda sebagai suaminya. Layan ahli keluarganya umpama keluarga anda sendiri. Jangan berat sebelah ya
Sentiasa mengucapkan terima kasih pada isteri
Bila isteri sudah penat melakukan tugas seharian, ringankan mulut anda mengucapkan terima kasih kepadanya. Segala kepenatan itu akan hilang dan rasa bertambah sayang pula kepada anda.
Didik dan tegur mereka secara berhemah
Jika isteri anda ada melakukan kesilapan, cuba anda menegurnya dengan baik. Bukan dengan menengking seolah-olah kesalahan yang dilakukannya itu terlalu besar. Jika boleh tegur dengan cara baik, apa salahnya berlembut. Wanita tidak suka dilayan dengan kekerasan, nanti rasa hormat dan sayang hilang pula.
Bersembanglah dengan isteri
Apabila balik dari kerja, jangan pula memberi alasan letih dan mahu tidur awal dan sebagainya, seolah-olah menghindarkan diri dari isteri. Nak berborak pun jauh sekali, melayan game di telefon pintar boleh pula! Jangan kecilkan hati isteri dengan memperlakukan mereka seperti tunggul. Mereka pun letih melakukan kerja seharian dirumah yang tidak pandai habis-habis itu!
Lakukan aktiviti menarik bersama-sama
Bila ada masa terluang, isikan masa dengan melakukan aktiviti-aktiviti menarik bersama isteri dan anak-anak. Jangan pula bila ada masa terluang, anda tidur sahaja, dengan alasan hendak berehat di hujung minggu. Isteri anda juga perlukan masa untuk beriada, mereka kan kekasih hati anda, hiburkan hati dia. Jangan pula melayannya seperti orang gaji.
Bagi sesetengah lelaki perkara ini hal yang sangat remeh sehingga tidak perlu dibincangkan. Sedangkan peratusan suri rumah yang mengadu kepada pakar kaunseling adalah kerana suami sangat jarang meluangkan masa dengan mereka. Yang mereka tahu hendak bekerja dan memberi nafkah sahaja! Jangan fikir dengan nafkah beribu ringgit yang anda beri itu mampu memberi kebahagian kepada isteri anda ya!
Sumber: My.theasianparent.com