Jika anda perasan, lelaki atau perempuan bongsu selalunya perwatakkan yang sederhana dan juga sangat peramah. Selain itu mereka juga lucu dan sesiapa sahaja yang mendekati mereka akan mudah terhibur.
Mungkin kerana sudah terbiasa dimanja dan sering diberikan perhatian, sebab itu mereka mudah mesra dengan sesiapa sahaja yang mendekati mereka.
Hasil kajian mendapati 46 peratus daripada anak bongsu mengatakan diri mereka paling lucu, berbanding 36 peratus anak sulung.
Mereka yang terlibat dalam kajian tersebut berkata salah satu sebab kerana anak sulung merasakan beban tanggungjawab terhadap adik-adik mereka dan adik bongsu tidak merasakan sebegitu. Hasilnya, 54 peratus anak sulung mengaku wujudnya perasaan lebih bertanggungjawab berbanding 31 peratus anak bongsu.
Walaupun 47 peratus anak bongsu dilaporkan berperwatakan mudah bergaul, kejayaan lebih berpihak kepada anak sulung, dengan 38 peratus mengatakan mereka lebih berjaya berbanding anak bongsu.
Tidak kira samaada anda anak sulong ataupun anak bongsu, masing-masing mempunyai tanggungjawab dalam keluarga. Jangan hanya kerana sering dilabelkan anak manja membuatkan anda mengabaikan tanggungjawab anda sebagai seorang anak walaupun anda mempunyai abang atau kakak  sulong.