Tetaplah berhubung

Bengah Abang Kesayangan Cik Pia Selamat Menjadi Suami Kepada Cik Bunge

Keluarga

Bengah Abang Kesayangan Cik Pia Selamat Menjadi Suami Kepada Cik Bunge

Mesti anda sedia tahu tentang hubungan kasih sayang yang kuat seorang abang buat adiknya yang sangat istimewa. Jika anda adalah salah seorang pengikut setia abang yang dikenali sebagai Abg Bengah. Boleh follow instagram miliknya yang bernama Makhlok Macho.

Hubungan Cik Pia dan juga Bengah ini sudah menjadi viral menerusi video yang sering dimuat naik di instagram. Respon netizen terhadap video tersebut mendapat sambutan yang sangat positif.

Kebanyakkan netizen berpendapat video antara pasangan adik beradik ini ada kalanya kelakar dan kadang kala boleh menyentuh hiba kerana dapat dirasakan kasih sayang yang kuat di antara mereka.

Bengah atau nama sebenarnya Hammad Zamakhashari Mohd Noor berusia 30 tahun telah pun sah menjadi suami kepada Nur Mahfuzah Zulkifli dengan sekali lafaz sahaja. Tahniah diucapkan.

Majlis pernikahan pasangan ini telah diadakan di Masjid Zahir Alor Setar Kedah pada sekitar 10.30 pagi dan majlis persandingan itu telah diadakan di sebuah Dewan Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu Jalan Yan yang terletak di Teluk Kechai Di Kuala Kedah pada tengahari tadi.

Bekas Penerima Anugerah Personaliti Media Sosial Pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH30) inintelah memberikan mas kahwin sebanyak Rm80 beserta wang hantaran berjumlah Rm10,000 dengan sebentuk cincin dan seutas gelang tangan emas.

Bengah mengucapkan berbanyak-banyak syukur kepada Allah setelah berjaya sekali lafaz sahaja beliau sudah selamat menjadi suami kepada Cik Bunge dan sebaliknya Cik Piayang kelihatan paling gembira sekali.

Setelah selamat bergelar seorang suami, dia berjanji akan tetap menjaga Cik Pia atau nama sebenarnya Afiatul masih tetap sama. Sangat menyentuh perasaan. Bengah memang seorang abang yang sangat penyayang.

Kata-kata khas untuk Cik Pia dari Bengah

Seribu perasaan gugup, takut, risau, sayu, pilu, huhu… Allah bagi peluang untuk aku bertenang untuk ucapkan satu lafaz sahaja maka… kesayangan Bengah dan seluruh alam ni nampak akad nikah tadi SAH sudahnya Cik Bunge menjadi isteri kepada Abang Yang Penyayang.. 

Dengan sekali lafaz aku dah jadi suami kepada seorang wanita yang dicintai kesayangan alam ni.. dah dah. Cik Pia salam ni muka jebek je dia ingat abang dia tinggal kat masjid ni adik… abang akan selamanya pikul tanggungjawab jaga adik selamanya laa… ramai sayang adik. masjid sayang adik, burung burung sayang adik, kereta myvi baru sayang adik, @de.sophea sayang adik, @flowerbloomy.my sayang adik, @petalistyck sayang adik, @hansmin_official sayang adik.. seluruh alam sayang adik! TERIMA KASIH kepada semua yang memberi ucapan dan doa kepada Bengah sekeluarga dan keluarga baru Bengah! harini aku menangis kegembiraan.. sikit je tak banyak. hero mana takde airmata? hehe.. Bengah nak sambung majlis bersanding ni. Cik Pia jadi flower girl…#AbangYangPenyayang#KesayanganAlam.

Semoga kasih sayang yang wujud ini akan tetap kekal sampai bila-bila.Cik Pia amat bertuah keranan memiliki seorang abang yang sangat menyayangi dirinya.

Sumber: mStar Online

Muat artikel
Anda mungkin juga meminati...

Klik Untuk Komen

Lagi di Keluarga

Ke Atas