Baru-baru ini telah menjadi viral di media sosial mengenai sebuah dobi di Johor Bahru yang hanya menerima muslim sebagai pelanggan.
Papan tanda yang diletakkan di hadapan kedainya itu menimbulkan rasa tidak senang banyak pihak kerana telah menyentuh isu sensitif.
Isu pusat dobi tersebut yang terletak di Johor telah menyebabkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar murka.
Baginda kemudian bertitah isu tersebut diselesaikan atau pemilik pusat dobi akan berhadapan tindakan.
Susulan itu, pemilik pusat dobi tersebut yang enggan dikenali telah meminta maaf, akur arahan Sultan Johor yang mahu konsep perniagaan dobi tersebut diubah. Mufti Wilayah Persekutuan di facebooknya mengeluarkan kenyataan berhubung perkara ini.
Sumber: Ohbulan
Komen?