Aliff Channel
  • Utama
  • Hubungan
  • Gaya
  • Teknologi
  • Kesihatan
  • Sains
  • Inspirasi
  • Semua
Tiada
Lihat semua
  • Utama
  • Hubungan
  • Gaya
  • Teknologi
  • Kesihatan
  • Sains
  • Inspirasi
  • Semua
Tiada
Lihat semua
Aliff Channel
Tiada
Lihat semua
Utama Inspirasi

Fahami Perwatakan Seseorang Dari Bentuk Wajah

05/08/2019
dalam Inspirasi
3 minit bacaan
0
bentuk wajah

Foto: pinterest

Isi kandungan:

  • 1 Bentuk Wajah Bujur
  • 2 Bentuk Wajah Bulat
  • 3 Bentuk Wajah Berlian
  • 4 Bentuk Wajah Hati

Bentuk wajah memainkan peranan yang penting dalam perwatakan seseorang itu. Selain daripada petua orang ramai bagaimana membaca perwatakan seseorang berdasarkan penampilan luarnya, sebenarnya bentuk wajah juga boleh menjadi ukuran personaliti seseorang. Bukan itu sahaja, bentuk muka juga dipercayai dapat menunjukkan tahap kesihatan dan tahap keintiman seseorang.

Dapat menggambarkan perwatakan seseorang yang baru dikenali akan benar-benar membantu anda untuk menentukan langkah seterusnya. Ini juga sangat berguna untuk anda yang memerlukan untuk berurusan dengan orang ramai setiap hari. Dengan hanya sekilas pandang, anda boleh mendapatkan gambaran awal personaliti orang lain. Berikut ini penjelasannya, memetik sumber internet.

1 Bentuk Wajah Bujur

Bentuk Wajah
Foto: pinterest

Pemilik wajah jenis ini biasanya mengeluarkan aura tenaga positif. Ini adalah orang yang mempunyai ciri-ciri pemimpin. Bentuk muka ini menunjukkan dagu yang cukup menonjol. Mereka yang mempunyai muka bujur biasanya mempunyai tenaga positif.

Anda tidak perlu meragui kemahiran sosialnya. Orang yang berwajah bujur biasanya mesra dan mempunyai kualiti kepimpinan. Mereka adalah orang yang serius. Apabila mereka mahu sesuatu, mereka tidak teragak-agak untuk berjuang hingga batas terakhir.

Oleh itu, jangan sekali-kali memancing emosi orang-orang yang ada bentuk wajah ini, kerana orang-orang yang berwajah bujur mudah marah.

2 Bentuk Wajah Bulat

Bentuk Wajah
Foto pinterest

Orang berwajah bulat biasanya kelihatan awet muda. Malah, wajah bulat ini sering memberi tanggapan innocent dan flawless. Gelaran “baby face” juga sering memniti bibir buat wajah bulat ini.

Di sebalik wajah ini, wajah bulat sebenarnya mempunyai ciri-ciri yang tidak dapat dipandang rendah. Mereka adalah pembuat keputusan yang matang, bertanggungjawab dan boleh dipercayai. Orang yang mempunyai wajah bulat juga gembira bila dapat membantu orang lain dan mesra. Tidak hairanlah mereka juga mudah membina hubungan. Hampir ramai orang akan rasa tertarik kepada seseorang yang mesra seperti itu.

Baca Juga  Pura-Pura Kaya Agar Betul-Betul Jadi Kaya

Jenis muka persegi lebih luas jika dibandingkan dengan bentuk wajah yang lain. Mereka lebih ekspresif dari segi emosi. Ia dicirikan oleh sudut tajam di dahi. Walaupun begitu, mereka adalah orang yang bijak dan mempunyai pemikiran logik. Tidak hairanlah begitu banyak orang dengan jenis wajah ini sentiasa menarik untuk diajak menjalin hubungan.

3 Bentuk Wajah Berlian

Foto pinterest

Jenis wajah ini jarang ditemui dari pelbagai bentuk wajah yang lain. Wajah berlian ditandai dengan rahang lebar dan dahi sempit, seperti segitiga. Walaupun kelihatan misteri dan menjengkelkan, sebenarnya orang yang mempunyai muka seperti ini agak mesra. Ekspresi matanya sangat kuat. Pemilik wajah berlian mempunyai kualiti untuk menjadi pemimpin dan mencapai kejayaan.

4 Bentuk Wajah Hati

Bentuk Wajah
Foto unsplash.com

Orang yang mempunyai wajah berbentuk hati biasanya sangat mesra dan idealistik. Apabila anda berada berdekatannya, anda akan dapat merasakan keselesaan. Adalah mudah untuk mengenal pasti orang dengan wajah berbentuk hati ini. Bentuk muka bulat, tetapi pipinya kelihatan lebih menonjol apabila tersenyum. Orang seperti ini adalah berkharisma, kreatif, rajin dan mempunyai kekuatan dalaman yang kuat. Berkawan dengan seseorang yang mempunyai wajah berbentuk hati akan rasa menenangkan.

Hashtag: personalitiperwatakanwajah

Artikel Berkaitan

tips fesyen perut buncit

7 Tips Fesyen Bagi Menyembunyikan Perut Buncit

19/01/2021
punca bibir jadi hitam

5 Punca Sebab Bibir Anda Jadi Hitam

15/01/2021
kedai buku sichuan

Reka Bentuk Dalaman Kedai Buku Ini Seperti Asrama Hogwarts Dalam Filem Harry Potter

24/11/2020
Kerjalah Bukannya Menganggur Dan Menjadi Beban Orang Tua

Kerjalah Bukannya Menganggur Dan Menjadi Beban Orang Tua

11/11/2020

Hidup Didunia Hanya Sementara, Janganlah Kita Menyakiti Orang Lain

06/11/2020
6 Petua Cara Memaafkan Seseorang, Membuat Anda Lega

6 Petua Cara Memaafkan Seseorang, Membuat Anda Lega

13/09/2020

Komen?

Popular minggu ini

  • 8 Tanda Tubuh Badan Menunjukkan Anda Sedang Tidak Sihat

    8 Tanda Tubuh Badan Menunjukkan Anda Sedang Tidak Sihat

    3414 perkongsian
    kongsi 3414 Tweet 0
  • Sebab Kenapa Lelaki Ramai Yang Jatuh Di Tangan Wanita Janda

    21880 perkongsian
    kongsi 21880 Tweet 0
  • 5 Tanda Kemungkinan Sedang Mengalami Depresi Tetapi Anda Abaikan

    10046 perkongsian
    kongsi 10046 Tweet 0
  • 10 Kategori Wanita Yang Lelaki Tidak Digalakkan Menikahinya

    180 perkongsian
    kongsi 180 Tweet 0
  • 5 Tips Semulajadi Atasi Ketiak Hitam

    0 perkongsian
    kongsi 0 Tweet 0
Aliff Channel
  • Dasar Privasi

Copyright © 2021 • aliffchannel.com All Right Reserved

Tiada
Lihat semua
  • Utama
  • Hubungan
  • Gaya
  • Teknologi
  • Kesihatan
  • Sains
  • Inspirasi
  • Pengiklanan

Copyright © 2021 • aliffchannel.com All Right Reserved