Siapa yang tidak mahu berjaya dalam kerjaya? Semua orang pasti bercita-cita mencipta kejayaan dalam apa jua keadaan. Tetapi, kebanyakan orang hanya bercakap dan bermimpi tanpa melakukan apa-apa tindakan. Kejayaan tanpa tindakan hanyalah bernasib baik, kerana kejayaan sebenar dibina dari proses yang panjang, bukannya nasib.
Banyak langkah yang digunakan oleh orang bijak untuk berjaya. Menurut John C Maxwell dalam bukunya, Success One Day At A Time, terdapat sekurang-kurangnya 7 fakta kenapa orang mampu berjaya dalam kerjayanya.
Cipta komitmen
Orang yang berjaya sentiasa membuat komitmen untuk berkembang setiap hari. Tetapi salah satu kesilapan yang dilakukan oleh orang ramai adalah mempunyai fokus yang salah. Jika anda membuat sasaran yang tepat untuk terus berkembang setiap hari, tidak lama lagi anda akan mula melihat hasil positif dalam hidup anda.
Menghargai Proses
Peristiwa tertentu adalah baik dijadikan sumber bagaimana cara membuat keputusan, tetapi proses perubahan dan pertumbuhan mempunyai nilai kekal. Jika anda ingin naik ke tahap kerjaya yang lebih tinggi, bertekadlah untuk terus meningkatkan potensi anda.
Jangan Tunggu Inspirasi
Pemain bola keranjang terkenal Jerry West pernah berkata, “Anda tidak boleh melakukan banyak perkara dalam hidup anda, jika anda hanya bekerja pada hari-hari yang anda fikir adalah baik.” Ramai orang semakin berjaya kerana mereka memotivasi diri dan memberikan yang terbaik dalam kehidupan mereka, tanpa mengabaikan apa yang mereka rasakan. Untuk berjaya, tetaplah berjuang.
Mengorbankan Keseronokan Demi Peluang
Ada kata-kata pujangga, “bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.” Dalam kehidupan ini, anda perlu membayar untuk segala-galanya. Perbezaannya ialah anda perlu membayar terlebih dahulu atau pada kemudian. Jika anda membayar sekarang, anda akan mendapat ganjaran yang lebih tinggi di kemudian hari. Ganjaran ini pastinya akan rasa lebih manis daripada apa-apa hadiah yang diperolehi.
Dream High
Tidak ada batas dalam berimpian, jadi berimpian besarlah. Apabila seseorang mengejar impian mereka, mereka akan jauh melampaui batasan mereka. Potensi yang ada dalam manusia tidak terhad, dan masih terdapat banyak yang dapat atau belum dieksplorasi sahaja. Tetapi apabila anda berfikir tentang batasan, pada masa yang sama, anda turut mencipta batasan diri.
Utamakan Prioriti Anda
Satu keserupaan yang berjaya dalam karier mereka ialah mereka mempunyai keupayaan untuk menguruskan masa. Henry Kaiser, pengasas sebuah syarikat yang berjaya, pernah berkata, “Setiap minit yang dilaburkan dalam perancangan menyelamatkan anda dua minit ketika pelaksanaan.” Anda tentu tidak mahu kehilangan masa, kerana masa tidak boleh kembali.
Berkorbankan untuk Meningkatkan
Tiada sesuatu yang berharga diperolehi tanpa pengorbanan. Kehidupan dipenuhi dengan peristiwa kritikal apabila anda akan mendapat peluang untuk menukar barang berharga anda dengan barang yang lain. Pastikan mata anda terbuka dengan semua peristiwa, dan pastikan anda tetap berada di landasan yang naik bukannya turun.