Setiap orang pasti akan mengalami tekanan hidup, cuma cara yang berbeza. Kesan-kesan akibat dari tekanan yang melampau juga boleh memberikan kesan buruk pada kehidupan seseorang yang mengalaminya.
Banyak kes bunuh diri yang terjadi masa sekarang akibat dari tertekan dan juga keganasan.
Adakah anda tahu bagaimana untuk mengenalpasti tanda-tanda awal penyakit mental atau yang menghadapi tekanan yang melampau.
Hendaklah kita mengetahui tanda-tanda awal terjadinya penyakit mental.
Keadaan fizikal
Pada yang menghadapi tekanan perasaan, mereka akan mudah berasa penat. Walaupun hanya melakukan aktiviti seharian seperti mengemas rumah, atau berjalan juga mampu membuat mereka berasa keletihan. Selain sering mengeluh akibat keletihan, mereka juga mudah berasa sakit belakang, pening kepala dan sakit bahagian perut.
Mengasingkan diri
Mereka yang mengalami masalah tekanan perasaan pasti akan menjauhkan diri mereka dari orang di sekelilingnya. Mereka akan kurang berkomunikasi dengan dunia luar. Mereka juga lebih suka mengurungkan diri di dalam rumah sahaja. Apabila berada di tempat kerja, mereka akan sering kali mengelak dari bercakap dengan rakan pejabat.
Hilang minat
Akibat dari tekanan perasaan, mereka akan cenderung bersendiri dan akan hilang minat pada setiap perkara yang sebelum ini menjadi kesukaannya.
Penampilan diri
Penampilan diri tidak akan menjadi sebagai keutamaan bagi mereka yang mempunyai masalah perasaan ini. Mereka tidak akan memperdulikan apa yang dipakai walaupun dimata orang sekeliling ianya serabai ataupun selekeh.
Emosi
Setiap pemikiran yang tidak baik sudah pasti akan memberikan kesan tidak bagus untuk diri. Keyakinan diri akan huilang itu yang menyebabkan mereka merasa benci yang teramat pada diri mereka sendiri.
Keadaan perasaan kita yang akan meletakkan siapa kita. Jangan terlalu memikirkan sesuatu perkara sehingga boleh memudaratkan diri sendiri. Mengalami tekanan perasaan ini bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh. Ia adalah sesuatu yang sangant membahayakan individu yang mengalaminya.
Sumber: Hanasuva.com