Wanita lebih cantik pada usia 30-an? Ya! Ini berdasarkan kajian terbaru yang mendedahkan, wanita mencapai tahap kecantikan paling sempurna pada usia 31 tahun.
Namun, kecantikan seseorang wanita itu bukanlah hanya dari paras rupa tetapi juga personaliti dan gaya penampilan. Kajian ini telah dilakukan berdasarkan kaji selidik ke atas dua ribu lelaki dan wanita di Britain.
Sebanyak 70 peratus responden mentafsirkan wanita kelihatan cantik apabila mereka berkeyakinan atau memperlihatkan tahap keyakinan diri yang tinggi.
67 peratus daripada responden mengatakan, kecantikan bergantung pada wajah yang menawan. 47 pula peratus melihat kecantikan berdasarkan penampilan.
Hasil penelitian sebagai berikut:
– Daya tarik wanita mencapai puncaknya pada usia 30 tahun
– Tanda penuaan mulai muncul pada usia 41 tahun
– Mulai tidak merasa seksi di usia 53 tahun
– Mulai terlihat tua di usia 55 tahun
Mengikut laporan itu, wanita dewasa dipandang lebih cantik dan menarik berbanding wanita muda. Kajian juga menyebut, wanita berusia 30an jauh lebih cantik berbanding gadis berusia 18, 19 atau awal 20an.
Sumber: Taikotai.Tv , Hanasuva.com