Aliff Channel
  • Utama
  • Hubungan
  • Gaya
  • Teknologi
  • Kesihatan
  • Sains
  • Inspirasi
  • Semua
Tiada
Lihat semua
  • Utama
  • Hubungan
  • Gaya
  • Teknologi
  • Kesihatan
  • Sains
  • Inspirasi
  • Semua
Tiada
Lihat semua
Aliff Channel
Tiada
Lihat semua
Utama Tips Info

Wajah Anda Boleh Menentukan Samada Anda Kaya Atau Miskin

26/03/2018
dalam Tips Info
2 minit bacaan
0
Wajah Anda Boleh Menentukan Samada Anda Kaya Atau Miskin

Ilustrasi eskpresi wajah - Foto: sciencenews.org

526
PERKONGSIAN

Wajah dapat mencerminkan banyak perkara mengenai seseorang. Bermula dari peribadi seseorang, emosi yang dirasakan, kebimbangannya terhadap kebersihan. Wajah juga boleh menunjukkan keadaan kesihatan seseorang.

Dan kini, para penyelidik dari University of Toronto berkata, kelas sosial seseorang boleh diramalkan dengan tepat melalui ekspresi neutral wajahnya.

Keupayaan membaca kelas sosial seseorang dapat dibaca pada riak wajah hanya dalam ekspresi yang neutral. Ini tidak digunapakai apabila mereka senyum atau menunjukkan emosi.

Penemuan ini menyimpulkan, kesan pertama yang dirasai berdasarkan ekspresi muka neutral, akan mempengaruhi interaksi dan peluang yang kita ada. Penyelidik percaya bahawa emosi yang dicerminkan dalam keadaan muka neutral berkaitan dengan tabiat seseorang sepanjang hayat. Tabiat ini kemudiannya tertanam di wajah sejak kecil sehingga dewasa.

“Dari masa ke masa, wajah secara kekal mencerminkan dan mendedahkan pengalaman anda,” kata Nicholas Rule, salah seorang penulis kajian yang diterbitkan dalam Journal of Personality and Social Psychology. Beliau juga seorang profesor madya di University of Toronto.

Ilustrasi

Untuk mendapatkan kesimpulan ini, Rule dan Thora Bjornsdottir, calon PhD, menggunakan dua kumpulan pelajar.

Pertama sekali, satu kumpulan dibahagikan berdasarkan pendapatan tahunan keluarga. $75,000 digunakan sebagai piawai. Di bawah $60,000 dianggap miskin, dan di atas $100,000 dianggap kaya. Para peserta kemudian memotret wajah dalam keadaan neutral.

Kemudian, kumpulan pelajar lain diminta untuk melihat foto dan menentukan pelajar mana yang kaya atau miskin hanya melihat wajah mereka.

Kumpulan kedua berjaya menentukan siapa pelajar kaya atau miskin dengan ketepatan 50 peratus, yang lebih dari sekadar kebetulan. Keputusan ini tidak dipengaruhi oleh jantina, bangsa, atau berapa lama kumpulan pelajar membuat keputusan.

Penyelidik hanya memberi tumpuan kepada wajah neutral, kerana ekspresi wajah seperti senyum atau mengerut dahi dapat mempengaruhi bacaan.

Baca Juga  Duduk Lebih 8 Jam Akan Buatkan Punggung Anda Menjadi Leper - Kajian

Rule menyimpulkan bahawa seorang pelajar berusia 18-22 tahun mempunyai pengalaman hidup yang cukup yang akan mempengaruhi bentuk wajah mereka, yang akan mendedahkan status sosio-ekonomi mereka.

Walau bagaimanapun, Rule dan Bjornsdottir masih tidak dapat mengesahkan, bagaimana kumpulan kedua pelajar membuat keputusan mereka.

Mereka hanya tahu bahawa terdapat saraf di dalam otak yang fokus sepenuhnya pada pengiktirafan wajah. Dan kerana ini, apabila anda melihat seseorang, wajah mereka adalah perkara pertama yang anda akan lihat.

Walaupun kesan pertama dapat meramalkan kelas sosial dalam kajian baru ini, kecenderungan wajah dapat menyebabkan kita percaya pada kesan yang salah atau kesan yang tepat.

Sebagai contoh, dalam kajian 2014 dalam Trends in Cognitive Sciences, kita cenderung untuk menilai kesalahan dan penyesalan jenayah berdasarkan wajahnya.

Ilustrasi

Penjenayah yang kelihatan aman atau mempunyai wajah yang tidak bersalah seperti kanak-kanak lebih cenderung dihukum kerana mereka tidak mempunyai ciri-ciri wajah penjenayah.

Walau bagaimanapun, penemuan ini masih perlu diperlakukan dengan berhati-hati. Kajian ini tidak mengambil kira bahawa pendapatan keluarga mungkin berubah dari masa ke semasa, dan pendapatan purata mungkin berbeza dengan tempat kediaman.

Sebenarnya, apa yang kita anggap “kaya” dan “miskin” itu subjektif dan dipengaruhi oleh pengalaman peribadi mereka sendiri. Petunjuk wajah bukanlah alat yang sempurna untuk menentukan status sosio-ekonomi seseorang.

Sumber: Medicaldaily.com

Hashtag: kajianwajah

Artikel Berkaitan

Kucing Ada 9 Nyawa, Mitos atau Fakta?

Kucing Ada 9 Nyawa, Mitos atau Fakta?

31/03/2021
benarkah sekolah online merosakkan kesihatan mental kanak-kanak

Benarkah, Sekolah Online Dapat Merosak Kesihatan Mental Anak-Anak?

30/03/2021
Cara mengatasi jerawat nodul

Ketahui 10 Jenis Jerawat dan Cara Mengatasinya

30/03/2021
sebab sukar tidur

Ramai Orang Sukar Tidur Kerana Tidak Mempunyai Wang

06/12/2020
kajian selfie

Rajin Selfie Mungkin Tanda Kesepian Dan Kesunyian

11/11/2020
covid 19

Inilah Doa Dianjurkan Rasulullah Agar Terlindungi Dari Penyakit

07/11/2020

Ruang komen:

Popular minggu ini

  • ibu mengandung

    Wanita Hamil Kerap Rasa Mual dan Muntah Tanda Bayi Miliki IQ Tinggi

    0 perkongsian
    kongsi 0 Tweet 0
  • 8 Sebab Kenapa Apabila Tidur Mulut Boleh Terngaga Luas

    1279 perkongsian
    kongsi 1279 Tweet 0
  • 11 Sebab Jujur Kenapa Perempuan Lebih Suka Lelaki Nakal

    12114 perkongsian
    kongsi 12114 Tweet 0
  • 5 Tips Mengatasi Gejala Gangguan Kebimbangan (Anxiety Disorder)

    426 perkongsian
    kongsi 426 Tweet 0
  • Lelaki Suka Curang Berpotensi Untuk Mati Lebih Awal – Kajian

    0 perkongsian
    kongsi 0 Tweet 0
Aliff Channel
  • Dasar Privasi

Copyright © 2021 • aliffchannel.com All Right Reserved

Tiada
Lihat semua
  • Utama
  • Hubungan
  • Gaya
  • Teknologi
  • Kesihatan
  • Sains
  • Inspirasi
  • Pengiklanan

Copyright © 2021 • aliffchannel.com All Right Reserved