Satu syarikat di China telah menghasilkan tisu tahi panda yang berharga 10 kali ganda lebih mahal dari harga tisu biasa yang rumit proses penghasilannya.
Tisu ‘Panda Poo’ ini dijual pada harga 43 yuan (RM26) sekotak. Tisu tersebut turut menggunakan lebihan buluh yang dikumpul dari tiga pusat pemeliharan panda. Bersumberkan Sinar Harian.
Menurut Pengurus Sichuan Jianwei Fengsheng, Zhou Chuanping, mereka akan memastikan tisu-tisu itu mencapai piawaian antarabangsa, Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah.
Selain tisu najis panda ini turut digunakan sebagai baja di ladang-ladang teh.