Jubin yang kotor dan lama memang membuat bilik mandi atau dapur kelihatan lebih tua. Malah, kulat yang tumbuh dan bakteria yang terkumpul menimbulkan risiko kesihatan yang serius.
Adakah ada bahan pencuci terbaik yang mampu hilangkan segala kotoran ini sekelip mata? Apa kata anda cuba pencuci dengan semula jadi ini, yang penting selamat untuk anda dan juga bayi! Anda cuma perlu sediakan:
Bahan-bahan:
7 cawan air
1/2 cawan soda
1/3 cawan jus lemon
1/4 cawan cuka
Caranya:
Masukkan kesemua bahan ke dalam botol spray, goncang dan spray ke lantai jubin yang berlumut.
2. Biarkan 1-2 minit, kemudian gosok dan bilas.
Anda boleh lihat sendiri hasilnya! Berkesan dan wangi dengan bau lemon.
Tandas sentiasa bersih dan wangi
Luangkan kira-kira 5 minit setiap hari sebelum mandi untuk mencuci bilik air dan tandas di rumah anda.
Letakkan sahaja sedikit cecair pencuci ke atas span dan gosok dinding, sinki dan lantai bilik air.
Gunakan berus untuk membersihkan mangkuk tandas.
Gosok segala kotoran dari sinki dan mangkuk tandas sekurang-kurangnya seminggu sekali atau dua minggu sekali. Gunakan berus ketika menggosok dinding dan lantai tandas dan bilik air.
Gantungkan pewangi yang sesuai di dalam tandas untuk menyingkirkan bau yang kurang menyenangkan.
Menghias Bilik Mandi
Sediakan rak untuk meletakkan ubat gigi, berus gigi, syampu dan sabun.
Pasang cermin muka di dinding bilik air.
Sediakan penyangkut untuk menggantung tuala dan pakaian
Hias dinding dengan bunga plastik atau daun hijau untuk menyerikan lagi ruang bilik air.
Bersihkan Mangkuk Tandas Yang Kotor Dan Berkerak
Tuang cuka ke dalam mangkuk tandas dan biarkan untuk beberapa jam.
Gosok mangkuk tandas menggunakan berus.
Selepas kesemua kotoran berjaya ditanggalkan, siram dengan air bersih.
Selain daripada cuka, boleh gunakan satu tin air coke. Cara pembersihan adalah sama.
Selamat mencuba!
Sumber: Petuaibu.com