Kadang-kadang bila tengok orang lain ada pasangan, kita pun rasa nak ada pasangan. Tetapi bukan semua bernasib baik mempunyai pasangan yang baik. Mungkin anda pernah mengalami pengalaman buruk dan membuatkan anda rasa putus asa mencari cinta baru.
Sebenarnya tiada salahnya jika anda hendak bersendirian lebih lama, bukan senang hendak mencari teman hidup yang boleh memahami dan serasi dengan anda. Jalani kehidupan sendiri kadangkala lebih baik dari berdua sehinggalah anda bertemu dengan seseorang seperti dibawah ini
1- Teruskan single sehingga anda berjumpa dengan seorang lelaki yang berani bawa anda berjumpa dengan kedua ibu bapanya.
2- Teruskan menjadi single sehingga anda berjumpa dengan seseorang yang sanggup mengetepikan segala-galanya demi mahu hidup bersama anda.
3- Seseorang yang tidak sesekali mencuba untuk mengubah diri anda, dan membiarkan anda selesa menjadi diri sendiri.
4- Seseorang yang tahu meminta maaf apabila melakukan kesalahan.
5-Seseorang yang tahu bagaimana hendak menceriakan hari anda di saat anda mengalami tekanan.
6-Seseorang yang yakin dengan dirinya dan masa depannya dengan anda.
7- Seseorang yang sanggup lakukan apa sahaja demi memiliki cinta anda.
8- Seseorang yang mengambil berat akan diri anda melebihi segalanya.
9- Orang yang tahu menghargai anda dan setiap hari memberikan motivasi kepada anda agar terus menjadi insan yang lebih baik.
10- Seseorang yang boleh buatkan anda rasa bangga dengan diri anda dihadapan keluarganya.
Memang bukan mudah dalam mencari pasangan, kita harus memilih agar mendapat pasangan yang tepat untuk masa depan. Kita berkahwin bukan untuk sehari dua, tetapi untuk selamanya.
Sumber: Baituljannah.com