Sesetengah makanan mewah harganya sangat tinggi yang mungkin amat sukar untuk diperolehi dan mungkin juga sebelum ini anda tidak pernah lihat.
Walaupun nampak seperti tidak masuk akal, namun makanan mewah seperti ini merupakan makanan yang berbaloi dihidangkan sebagai makanan mahal bukan kerana citarasanya yang sedap, namun juga kerana bahan-bahan makanan yang sukar untuk diperolehi.
Di sini ada beberapa bahan makanan yang harganya boleh berubah-ubah sesuai mengikut musim dunia.
10 Makanan Yang Termahal Di Dunia
Belugar Caviar
Beluga Caviar merupakan salah satu bahan makanan yang termahal yang boleh didapati dengan harga sekitar USD5000 atau sekitar RM 21,112.50; per kilogram. Caviar adalah telur dari ikan Beluga Sturgeon yang biasanya ditemui di laut Kaspia. Seekor ikan Beluga memerlukan jangka masa sehingga 20 tahun untuk menjadi dewasa supaya ianya dapat menghasilkan telur. Seekor Beluga dewasa beratnya boleh mencapai 2 tan. Sangat besar bukan?
Daripada telur-telur ikan Beluga Sturgeon inilah dijadikan sebagai caviar. Pada asasnya, warna telur Beluga adalah bewarna ungu sehingga kehitaman. Jadi, warna telur ini menjadi penentu harga telur-telur tersebut. Berdasarkan warna telur tersebut, telur yang berwarna pucat adalah yang paling berharga. Janganlah anda berharap untuk mendapatkan caviar dalam pakej besar kerana makanan ini harganya sangat mahal.
Saffron
Saffron juga merupakan antara bahan makanan yang mempunyai nilai harga yang tinggi. Harga saffron juga boleh berubah-ubah mengikut musimnya. Kebiasaanya saffron dijual dengan harga USD2000 atau sekitar RM8445.00 jika di Malaysia. Saffron mempunyai harga yang sangat mahal kerana bahan makanan yang biasanya digunakan sebagai perencah ini sangat sukar untuk didapati. Warna saffron adalah kuning cerah dengan aroma seperti aroma jerami. Jangan tertipu dengan aromanya kerana bahan makanan ini banyak digunakan sebagai pelbagai perencah makanan mewah.
White Truffle
Pernahkah anda mendengar tentang truffle putih? Jika anda tidak pernah tahu truffle, ianya seperti kentang namun adalah kulat. Truffle memiliki bentuk yang sangat mirip dengan kulat. Cuma perbezaannya adalah bau dari truffle yang sangat khas seperti bau dari kacang goreng. Yang uniknya, tidak semua orang dapat membezakan bau dari white truffle dan bau dari kulat biasa.
Daging Sapi Kobe
Pasti kamu meliur untuk makan daging. Tapi adakah anda tahu tentang daging yang termahal di dunia? Daging termahal di dunia adalah daging Kobe. Kobe merupakan sebuah daerah di Jepun yang menghasilkan daging berkualiti tinggi. Daging Kobe ini menjadi mahal kerana ternakan di Kobe Jepun mempunyai sistem pengurusan lembu yang berteknologi tinggi. Lembu Kobe selalu diurut dengan teratur agar menghasilkan daging yang lembut dan lemaknya merata. Harga daging Kobe mampu mencapai USD300 atau sekitar RM1266.75 untuk setengah kilogram. Cuba dan rasakan sendiri sensasi dari daging sapi Kobe yang lembut ini.
Sarang Burung Walet
Sarang burung walet berwarna putih ini dihasilkan oleh burung walet jenis Aerodramus fushipagus. Sarang walet ini terdapat di tempat seperti gua-gua ataupun di rumah buatan atau biasa disebut dengan rumah burung walet. Sarang walet warna putih hampir keseluruhannya tersusun dari air liur burung walet walaupun terdapat sedikit bulu-bulu halus dari burung walet tersebut. Sarang walet ini memiliki ciri khas iaitu warnanya putih kekuningan. Sarang walet warna putih dari gua-gua alam akan memiliki warna yang agak suram dan agak kotor, sedangkan sarang walet memiliki warna yang lebih cerah dan bersih. Sarang walet yang bewarna putih memiliki bentuk seperti mangkuk dibelah dua, berwarna putih kekuningan, bersih dari campuran lain seperti rumput, lumut dan walaupun terdapat sedikit bulu-bulu halus pada sarang.
Ikan Fugu atau Ikan Buntal
Spesis ikan ini adalah beracun kerana mengandungi tetrodotoxin, sejenis toksik yang amat berbahaya dimana hanya 25 miligram mampu membunuh manusia dalam tempoh beberapa jam sahaja. Lebih menakutkan, tiada penawar bagi toksik ikan buntal dan dianggap berbahaya. Bagaimanapun, ini tidak bermakna ikan buntal langsung tidak boleh dimakan dengan bahagian yang beracun diasingkan dan sangat memerlukan kemahiran yang tinggi. Bahagian yang beracun adalah seperti hati, mata, telur, darah dan kulit. Ikan buntal atau dikenali sebagai fugu di Jepun turut dijadikan hidangan makanan laut, namun dijual di pasar dan restoran yang dikawal dengan ketat. Rasa isi ikan buntal kononnya seperti rasa daging ayam. Isinya pejal dan sangat sesuai jika digoreng kerana tidak mudah hancur. Terdapat banyak spesis ikan buntal namun hanya ikan buntal pisang sahaja yang boleh dimakan.
Hati Angsa
Foie Gras berasal dari bahasa Prancis yang bererti fatty liver atau hati berlemak. Diperoleh dari hati angsa dan hati bebek yang berlemak. Berat rata-ratanya boleh mencapai 700 gram sampai 900 gram untuk hati angsa. Awalnya Foie Gras dinikmati oleh bangsa Mesir kuno pada tahun 2500 SM. Ketika itu, warga Mesir secara tidak sengaja menangkap kebiasaan makan pada angsa yang tiba-tiba melonjak pada perubahan musim. Angsa-angsa tersebut akhirnya kelebihan berat badan dan hatinya membesar tiga kali ganda dari ukuran normal. Mereka pun terkejut ketika mennyentuh tekstur hati angsa-angsa tersebut yang lebih creamy dan garing. Foie gras juga disajikan sebagai pendamping steak atau burger di pelbagai restoran.
Lobster atau Udang Galah
Lobster termasuk dalam salah satu makanan termahal di dunia. Haiwan ini berkulit keras dan ianya memiliki rasa yang sangat nikmat dan aroma yang khas. Cukup sukar untuk mendapatkan haiwan ini kerana tempat mereka hidup berada di bebatuan pantai yang dihempas ombak besar.
Kulat Matsutake
Walaupun mudah dituai, matsutake sukar didapati kerana keperluan pertumbuhan spesifik mereka dan jarangnya hutan dan kawasan yang sesuai, digabungkan dengan persaingan dari rakyat tempatan dan haiwan liar seperti tupai, arnab dan rusa untuk penuaian cendawan setahun sekali.
Ini menyebabkan harga menjadi sangat tinggi untuk pemetik cendawan ini.
Tiram
Tiram juga diketegorikan makanan termahal dan selalu disajikan di restoran-restoran besar. Tiram, haiwan lunak bercangkang keras ini biasanya disajikan begitu saja. Bahan ini sangat terkenal dan paling sering dipakai pada masakan Perancis dan biasanya disajikan dalam keadaan mentah.
Ada sesiapa terbayangkan Mr.Bean di filemnya ketika melancong di Perancis?