Gelaran pipi pau ini biasanya diberikan kepada orang yang berbadan kurus atau badan sederhana tetapi mempunyai pipi yang tembam. Pipi pau kelihatan cantik tapi bukan untuk sesetengah orang, lebih lagi jika pipi terlalu tembam.
Ada sesetengah orang melakukan kehidupan yang aktif, kerap bersenam tetapi masih tidak mendapat saiz pipi yang diinginkan. Orang lain menganggap anda gemuk dengan pipi seperti itu, walaupun anda sebenarnya kurus.
Di bawah disediakan beberapa bentuk senaman muka yang mudah dan ringkas untuk anda lakukan, untuk mendapatkan semula bentuk asal wajah anda.
Senyum
Senyuman adalah salah satu bentuk senaman wajah yang mengerakkan sebahagian otot pipi dan bibir dengan mudah. Dengan sentiasa tersenyum, pipi akan senang mengecil dan mungkin mencairkan hati seseorang.
Muncungkan bibir
Muncungkan bibir anda seolah-olah anda mahu mencium. Cuba gerakkan ke kiri dan ke kanan. Lakukan 5 set pergerakan sehari dengan setiap set 20 pergerakan.
Senaman O
Peminat vape mesti tahu mengenai pergerakan ini. Cuba buka mulut anda dan gerakkan bibir di depan seolah-olah anda mahu meniup wisel, dan lihat bibir anda berbentuk O. Ulangi pergerakan ini sebanyak 20 kali sebanyak 5 set.
Sedut pipi
Cubalah untuk merapikan pipi anda sedalam mungkin supaya rasanya di gigi dan tahan selama 5 hingga 10 saat. Lakukannya sebanyak 20 kali sebanyak 5 set juga.
Pipi kembung
Dengan mulut anda ditutup, kembungkan pipi anda. Ulangi 20 kali dalam 5 set.
Kunyah gula-gula getah
Dengan mengunyah gula-gula getah, anda telah menggerakkan sebahagian besar otot muka secara tidak sengaja. Cuba untuk mendapatkan gula-gula getah tanpa gula untuk mengelakkan penyakit lain. Juga, perhatikan makanan harian anda, kerana makanan yang kaya gula menyebabkan pipi semakin tembam.
Sekiranya anda telah melakukan senaman ini untuk masa yang lama, tetapi masih juga pipi anda tembam, ini bermakna bahawa bentuk wajah anda sememangnya dilahirkan begitu. Bersyukurlah.
Setiap manusia dilahirkan dengan wajah yang berbeza seperti melengkung, berbentuk V dan juga tembam.
Sumber: Lelakisihat.com