Mesti ada diantara kita yang memiliki tubuh kurus tetapi masih ada lemak sana sini. Apa punca terjadinya lemak sedangkan anda berbadan kurus?
Kepada sesiapa yang mempunyai situasi macam ini, jaga-jaga sebab boleh mengundang risiko pelbagai penyakit yang anda tidak sedar. Jangan ingat, anda berbadan kurus dan anda sihat.
Menurut pakar di New York, Lauren Klien, ramai individu yang berbadan kurus kelihatan seperti normal tetapi apabila melakukan rawatan, pelbagai penyakit yang menyerang individu tersebut.
Cara paling simple untuk anda tahu sama ada anda mempunyai lemak atau tidak, lihat sahaja di sekitar perut anda. terdapat beberapa faktor yang menunjukkan anda tidak sihat walaupun anda mempunyai badan yang kurus.
Kalau anda mempunyai simptom-simptom di bawah, bertindaklah dengan segera.
Tidak pernah melakukan senaman mahupun olahraga selepas tamat persekolahan.
Sering mengambil makanan manis sehingga mengakibatkan anda sukar untuk fokus, pelupa dan mempunyai konsentrasi yang rendah.
Jarang mengambil makanan yang mengandungi protein.
Bahagian perut jauh lebih besar berbanding bahagian tubuh yang lain.
Pola pemakanan yang kebanyakannya terdiri daripada karbohidrat dan sering mengambil makanan yang diproses atau gula secara berlebihan.
Berasa pening setelah melakukan olahraga.
Mudah berasa penat dan kurang bertenaga.
Agak-agak anda ada simptom diatas? Jika tiada, tahniah kerana anda sihat! Kalau ada pula, jumpa doktor untuk mengetahui tahap kesihatan anda.
Sumber: Health Kompas