Kebiasaanya yang mudah menangis dan mengalirkan air mata adalah wanita, memang susah kita nak lihat seorang lelaki itu menangis dengan tiba-tiba. Tidak seperti wanita, kadang kala senang sangat keluar air mata, bila ditanya kenapa, jawabnya ‘entah la’
Wanita selalu cakap yang lelaki sukar mengalirkan air mata seorang yang ego, jika ada masalah sepertinya tiada perasaan. Salah sebenarnya tu! Seorang profeser dari Belanda iaitu Profesor Ad Vingerhoets melakukan beberapa kajian untuk lebih memahami air mata manusia. Dalam kajian ini turut membandingkan nisbah air mata lelaki dan wanita.
Tahukan anda bahawa wanita menangis antara 30 dan 64 kali setahun, dan lelaki hanya menangis antara 6 hingga 17 kali setiap tahun. Kajian pakar sebelum ini juga menjelaskan ada beberapa sebab sosiologi dan fisiologi yang sangat jelas kenapa lelaki sukar mengalirkan air mata berbanding wanita.
“Lelaki lebih kurang menangis oleh sebab-sebab yang berkaitan dengan sifat dan penjagaan,” katanya.
Kajian juga mendedahkan, lelaki mempunyai tahap prolaktin (hormon yang dijumpai dalam air mata) jauh lebih rendah berbanding dengan wanita.
Sumber: Hanasuva.com