Satu keputusan melalui kajian percutian oleh Expedia telah mengeluarkan kenyataan mereka berkenaan bilangan mereka yang pergi bercuti. Malah, kajian yang dilakukan melalui laman web Expedia.com itu benar-benar mengejutkan.
Jika dilihat pada kajian tersebut, rakyat Malaysia merupakan ditempat ketiga paling kurang pergi bercuti dan yang kedua di Asia Pasifik.
Berdasarkan kajian itu juga menunjukkan lebih kurang 52 peratus pekerja di Malaysia dilaporkan terpaksa membatalkan rancangan percutian kerana tugasan di tempat kerja.
Pihak Expedia turut menasihatkan agar rakyat Malaysia mengimbangi waktu kerja dan cuti mereka agar tidak terlalu stres.
Sumber: Berita Harian