Wanita Iceland antara yang tersenarai wanita paling cantik di dunia. Mereka sepertinya cukup pakej, wajah yang cantik dan licin, tubuh badan yang langsing, malah jika mereka sudah lanjut usia sekalipun, masih nampak seperti remaja!
Untuk pengetahuan anda, sebenarnya rahsia mereka mudah sahaja, mereka mengamalkan bunga dan herba dalam kiub ais sebagai rawatan kecantikan. Rawatan ais mampu mengetatkan liang pori, mengurangkan keradangan dan mencerahkan kulit. Jadi selepas ini anda boleh la cuba kaedah ini ya.
Ini adalah salah satu kebaikan rawatan ais yang diamalkan oleh mereka untuk mendapatkan kulit cantik. Kalau sudah rasa dah putus asa hendak melabur banyak duit membeli barang kosmetik yang mahal, boleh la mencuba kaedah rawatan ini.
Menjadikan kulit anda bercahaya
Ais membantu melancarkan peredaran darah dan kulit akan kelihatan bercahaya dan lebih bersih. Untuk kesan lebih baik, gunakan kuib ais buah- buahan. kerana ia dapat memberikan vitamin kepada kulit wajah.
Merawat lingkaran bawah mata
Kombinasi jus timun dan air mawar yang dibekukan boleh diletakkan di bawah mata atau lingkaran hitam. Ia dapat mengurangkan bengkak bawah mata akibat tidur lewat malam. Senang sahaja untuk di buat ni.
Penyegar kulit muka
Ais juga boleh digunakannya sebelum memakai alat solek dan liang–liang pori akan mengecil. Bedak asas juga akan nampak lebih sempurna.
Pengganti alat solek
Jika anda mengamalkan kaedah ini, tidak mekap pun anda tidak risau lagi. Letakkan beberapa biji kiub ais di muka menggunakan kain balut. Kulit akan kelihatan berseri dan semulajadi tanpa penggunaan sebarang pun alat solek.
Menghalang garis bawah mata
Penggunaan kiub ais pada kulit muka dapat juga mengurangkan garis–garis penuan. Ini adalah salah satu masalah yang sering ditakuti oleh para wanita.
Banyak kaedah lain yang boleh anda amalkan untuk mendapatkan kulit cantik dan bersih. Tidak perlu melabur modal yang banyak, hanya mengamalkan kaedah semulajadi ini, anda bukan hanya mampu memiliki kulit idaman, malah boleh menjimatkan duit.
Sumber: Hanasuva.com