Mempunyai anak yang berbakti kepada orang tua adalah hal yang membanggakan dan menjadi impian setiap orang tua. Anak diibaratkan sebagai titipan tuhan yang harus dijaga dan dirawat, agar kelak mampu menjadi manusia yang berguna bagi keluarga dan masyarakat lebih luas lagi. Anak adalah buah cinta dari ayah dan ibu.
Ramai pasangan menginginkan mempunyai banyak anak, kerana ada yang berpendapat bahwa banyak anak banyak rezeki. Mempunyai anak adalah impian sehingga sampai berjuang dan harus bersabar menunggu kehadiran buah hati dalam rumah tangganya. Mengenali karakter anak ini tidaklah sukar.
Anak sulung atau anak pertama pasti mempunyai perbezaan dengan anak kedua sampai ke-empat dan seterusnya. Untuk lebih memudahkan anda, berikut ini fakta anak ke-empat dalam keluarga.
1. Tidak suka menyusahkan orang lain
Selagi anak ke-empat masih mampu untuk melakukan segala sesuatunya sendiri, dia tidak akan meminta bantuan kepada orang lain.
2. Tidak sombong
Selintas anak keempat seperti sombong kepada orang lain, tetapi sebetulnya jika dia ditegur atau sudah kenal dengan seseorang akan mudah akrab. Biasanya akan menjadi banyak cakap dan sangat menyenangkan.
3. Mudah mempercayai
Anak ke-empat mudah percaya kepada orang lain. Baru saja kenal, dia sudah banyak bercerita kepada orang tersebut.
4. Menghiburkan
Jika kawan atau saudaranya bersedih, dialah yang menghibur dengan gurauannya, sehingga ketika kawan atau saudaranya bersedih, anak keempat inilah yang kerap dicari.
5. Ramah
Sifat orangnya sangat ramah, ketika orang bertanya sedikit, dia akan menjawabnya dengan sebaik mungkin dan biasanya panjang lebar.
6. Pantang meminta dari orang lain
Anak keempat biasanya pantang untuk meminta sesuatu dari orang lain.
7. Sayang anak kecil
Dia akan lebih sayang kepada anak kecil. Biasanya juga pandai dalam merayu anak kecil.