Adakah anda seorang yang menjengkelkan sewaktu anda masih kecil? Suka menjawab apabila disuruh kemaskan bilik, disuruh masuk tidur awal, malah dimarahi kerana suka bercakap kasar?
Kajian menunjukkan, ia mungkin berkaitan dengan peningkatan IQ sesorang.
Orang yang pandai kadang-kadang menggunakan bahasa kasar
Anda mungkin biasa dengar, bahawa individu yang suka bersumpah mempunyai “perbendaharaan kata terhad”.
Namun dalam sesetengah keadaan, anda boleh perhatikan bahawa orang yang tidak menggunakan kata sumpah adalah orang yang menghadkan penggunaan perbedaharaan kata mereka.
Ini kerana mereka dengan sengaja menghadkan perkataan yang digunakan.
Beberapa ahli akademik Amerika telah mengjalankan eksperimen yang sangat menarik: mereka meminta orang ramai untuk mengingat kembali sebanyak mana perkataan kata sumpah yang mereka boleh ingat.
Keputusannya sangatlah mengejutkan: Orang yang boleh mengingat paling banyak perkataan didapati mempunyai nilai IQ yang paling tinggi.
Kebolehan berpidato mereka juga lebih tinggi berbanding dengan orang yang menggunakan perkataan sumpah yang sedikit.
Orang pandai dan berbakat suka tidur lewat malam
Suka tidur lewat malam? Ini juga salah satu tanda orang itu pintar. Akhir-akhir ini kajian saintifik telah mengaitkan tidur lewat malam dengan skor IQ yang tinggi.
President Obama, Charles Darwin, Winston Churchill, Keith Richards dan Elvis Presley adalah sangat popular dengan latihan waktu tengah malam mereka.
Sekiranya anda kadang-kadang cenderung untuk tidur lewat malam, mungkin anda sebenarnya sedang meniru tabiat orang-orang yang berjaya.
Meja bersepah dan kepintaran adalah berkaitan
Kajian yang dijalankan oleh University of Minnesota telah menghasilkan kesimpulan yang menarik: meja kerja mereka yang bersepah bukannya menunjukkan mereka itu bersepah, sebaliknya ia menunjukkan otak mereka sedang fokus pada perkara yang lebih penting.
Cuba fikirkan – apabila kita tiada perkara yang penting untuk dibuat, kita sering beralih kepada aktiviti yang lebih kecil dan paling remeh untuk dibuang masa.
Sumber: Nakbebel.com