Tetaplah berhubung

Nasi Lemak Semakin Popular Di Korea Selatan

Info

Nasi Lemak Semakin Popular Di Korea Selatan

Rata-rata penduduk Malaysia sangat gemar memakan masakan melayu, antaranya nasi lemak, nasi minyak, nasi dagang, malah budu dan belacan. Jika berada diluar negara memang sangat susah untuk anda menjumpai makanan-makanan tersebut.

Apabila berada di luar negara, pasti sangat sukar untuk kita mencari makanan halal disana, apatah lagi jika tempat berkenaan kekurangan penduduk beragama islam.

Apa yang kita boleh lakukan hanyalah membawa bekal dari rumah seperti stok mee segera dan sebagainya. Tetapi jika bekalan sudah habis bagaimana?

Disebabkan itu, seorang anak muda dari Malaysia bersama rakannya membuat keputusan untuk membuka gerai nasi lemak di Itaewon, Seoul, Korea Selatan.

Dengan kemudahan tersebut, rakyat Malaysia nampaknya tidak perlu khuatir lagi untuk mencari makanan halal di Korea Selatan. Dan apa yang menariknya, Duzy Noramzamnas Abdul Aziz, 29 tahun membuat keputusan untuk menjual nasi lemak disana.

Pemuda berasal dari Penampang, Sabah itu berkata dia selalu berjumpa rakyat Malaysia yang mengeluh kerana kesukaran mencari makanan halal di Seoul, Korea Selatan. Kebanyakkan kedai disana menjual makanan yang tidak halal kerana penduduk islam sangat kurang.

Bagi menyelesaikan masalah itu, Duzy mendapat idea untuk menjual nasi lemak di sana seterusnya membantu menyelesaikan masalah kesukaran mencari makanan halal.

Menurutnya, oleh kerana rakyat Malaysia amat menggemari nasi lemak dan sedap dimakan bila-bila masa membuatkan dia mahu menjual nasi lemak yang pada awalnya hanya dijual dalam talian sebelum membuka gerai bersama rakannya yang berasal dari Korea.

Sememangnya nasi lemak antara hidangan yang paling digemari penduduk Malaysia. Ianya adalah idea yang sangat baik kerana sudah pasti mereka yang menetap disana merindui nasi lemak berpeluang melepaskan rindu mereka.

Pada mulanya, dia mensasarkan pelanggan dari Malaysia seperti pekerja, pelajar dan pelancong tetapi kini dia mempunyai pelanggan berasal dari pelbagai negara termasuk rakyat Korea.

Duzy menjual nasi lemak di gerainya yang bernama Nasi Lemak Berlauk Panas berharga 5,000 won atau kira-kira RM19.

“Untuk sambal lebih, telur, nasi atau tambahan lain, seperti sotong, kerang dan ayam, anda perlu menambah 500 won hingga 4,000 won,” tambahnya.

Selain itu, dia juga menerangkan bahawa semua bahan untuk membuat nasi lemak mudah didapati di Pasar Noryangjin dan foreigners’ street.

Selain menjual nasi lemak, Duzy juga menawarkan khidmat pemandu pelancong kepada rakyat Malaysia yang mahu melancong ke Korea Selatan.

Inilah yang harus dicontohi, bukan sahaja bijak mencetuskan idea, malah dapat menjana pendapatan. Ianya juga seperti mempromosikan makanan tradisional orang Melayu.

Sumber: Vitdaily.com

Klik Untuk Komen

Lagi di Info

Ke Atas