Pernah tak anda memperhatikan garis pada pergelangan tangan anda? Ada kajian mengatakan bahawa garis ini juga sama dengan garis yang ada di telapak tangan, mampu meramal masa depan seseorang.
Menurut kajian, dari garis pergelangan boleh diketahui sifat, kesihatan dan masa depan seseorang itu. Jom kita perhatikan yang mana satu garis pergelangan tangan anda.
Garis yang pertama
Biasanya, setiap orang memiliki 2 hingga 3 garis. Garis yang paling pertama adalah yang paling penting kerana ini menandakan fungsi fizik seseorang.
Jika garis ini tebal, jelas, dan tidak putus-putus, bermakna orang tersebut akan panjang umur, sihat walafiat, dan selalu optimis, positif dan bahagia. Kalau garis ini sedikit retak atau terputus, mungkin ada gaya hidup yang kurang baik yang perlu diubah. Jika garis ini tidak jelas atau putus-putus, mungkin pernah mengalami kejadian atau kehidupan yang agak sukar di masa kecil.
Garis yang kedua
Garis kedua merupakan simbol kekayaan. Jika garis ini tidak retak atau patah, tandanya orang ini mempunyai prospek yang cerah/bagus di masa depan. Jika garis ini sangat jelas kelihatan, orang ini akan hidup serba cukup sepanjang hidupnya, tidak pernah kekurangan. Jika garisnya retak atau putus, mungkin perlu lebih berhati-hati lagi dalam mengurus kewangan di kemudian hari.
Garis yang ketiga
Tidak semua orang mempunyai garis ini. Kalau ada orang yang mempunyai sampai garis ketiga, tandanya orang ini akan mempunyai kesihatan, kebahagiaan, dan kemakmuran dalam hidup. Selain itu, ia juga berpengaruh besar terhadap orang lain, baik dalam kehidupan peribadi atau kerjaya, dan akan selalu dikenang orang ramai.
Garis yang keempat
Jika ada orang yang mempunyai garis sampai yang keempat. Ini amat sangat jarang berlaku. Selain 3 makna yang diatas, orang tersebut juga akan diberkati dengan banyak anak cucu dan kemakmuran sampai 7 keturunan!
Ya, ini hanyalah hasil kajian dari ahli nujum, jadi tidaklah perlu dianggap terlalu serius. Ingat! Nasib dan takdir seseorang bukanlah ditentukan daripada garis tangan, tapi dari usaha sendiri dan juga kehendak tuhan.
Sumber: littethings