Ramai antara kita kerap memburu barangan belian secara atas talian untuk diri sendiri atau untuk diberi kepada orang yang paling dekat dengan kita. Tetapi, malangnya ramai juga yang mengalami kesukaran untuk memahami fungsi sistem nombor pengesanan poslaju yang dipanggil “tracking number“. Apa saja itu?
Perkara ini kadang-kadang menjadi masalah besar kepada pengguna kerana perlu memeriksa secara berkala. Kegagalan untuk berbuat demikian akan membawa masalah yang lebih besar seperti kehilangan parcel dan barangan yang harus tiba di tangan pelanggan yang tidak pernah tiba, membuatkan kita rasa cemas.
Ramai pelanggan pembelian barangan secara atas talian biasanya sering menghadapi masalah dalam menggunakan perkhidmatan penghantaran yang ditawarkan oleh Pos Malaysia untuk mengendalikan jawatan tersebut. Artikel ini dituliskan khas buat anda! Berikut ini tips cara memahami maksud status pengesanan Poslaju tracking number.
1 “Item Posted Over The Counter”
Pekerja kaunter pejabat pos/poslaju baru sahaja merima parcel dan scan barcode tracking number.
2 “Consignment received and processed from posting at Post Offices”
Konsainan diproses daripada pengeposan di Pejabat Pos. Maksudnya, mungkin data penghantaran dah siap dari Post Office (PO) lagi. Bila sampai di Pos Laju (Parcel Hub Pos Laju) yang paling dekat dengan rumah anda nanti, bolehlah terus parcel dihantar keluar.
3 “Item dispatched out”
Parcel dihantar keluar dari pejabat pos laju.
4 “Item processed”
Parcel sedang diprocess di bahagia pejabat pos (PO) atau Parcel Hub Pos Laju. Mungkin waktu itu pembahagian mengikut lokasi poskod akan dilakukan supaya memudahkan sistem atau proses penghantaran yang akan dilakukan.
5 “Consignment dispatch out from Transit Office”
Parcel dihantar keluar dari pejabat transit. Jadi anda tidak perlulah risau jika parcel tak sampai-sampai lagi kerana mereka baru hendak mulakan proses menghantar ke PO berdekatan alamat anda.
6 “Arrive at delivery facility at…”
Parcel sudah tiba di destinasi yang paling dekat untuk dibuat penghantaran ke alamat anda.
7 “Item out for delivery”
Ini bermaksud posmen sudah keluar untuk membuat penghantaran ke alamat anda. Pastikan alamat yang anda beri adalah tepat supaya memudahkan si penghantar tadi mencari lokasi dan menyampaikan pada anda secara efisyen. Pastikan juga ada orang menunggu di rumah untuk menerima parcel kerana jika tidak, barang anda akan dipulangkan semula ke pejabat pos yang terdekat.
8 “Item can be collected at…”
Maksudnya, parcel anda sudah boleh diambil di Pos Laju tertera. Ini mungkin berlaku kerana sewaktu penghantaran anda tiada di rumah dan paecel tidak dapat disampaikan parcel kepada tuan rumah membuatkan ia dihantar semula ke pejabat pos yang terdekat untuk penyimpanan yang perlu anda tuntut sendiri. Jika berhari-hari status sama, sila terus hubungi pejabat Poslaju tersebut untuk mengetahui status sebenar. Dinasihatkan anda pergi sahaja ambil sendiri parcel anda.
9 “Item delivered to (Name)”
Tahniah, parcel anda sudah selamat sampai ke tangan! (atau sesiapa yang sign delivery note berdasarkan nama) yang tertera pada paket parcel berkenaan.
10 “Unsuccessful delivery. Please contact 1 300 300 300. Address not available”
Parcel anda tidak dapat sampai ke tangan anda. Mungkin anda tiada di rumah atau tidak menyedari kedatangan posmen sewaktu membuat penghantaran. Anda dinasihatkan untuk membawa nota yang ditinggalkan pihak penghantar untuk menuntut barang di pejabat pos terdekat atau hubungi pejabat Poslaju untuk mengetahui keterangan lanjut berkenaan langkah seterusnya.
Semoga bermanfaat.