Ramai wanita mahu badan yang kelihatan sempurna, tinggi, putih dan kurus lamping. Paradigma ‘cantik’ ini tertanam dari perkataan yang indah seperti itu.
Oleh itu, ramai wanita yang bertubuh gemuk bermatian mahu kuruskan badan agar nampak seperti seorang model. Siapa yang tidak mahu badan seperti Paris Hilton atau selebriti Korea? Badan langsing adalah impian ramai wanita.
Bermula dari ingin membuat wanita lain rasa cemburu, mahu semua pakaian di gayakan di tubuhnya, menarik perhatian ramai lelaki. Ada beberapa wanita berpendapat, memiliki tubuh yang kurus seperti magnet untuk menarik perhatian lelaki. Adakah benar?
Ehem! Berita baik untuk wanita chubby, satu kajian menunjukkan bahawa lelaki lebih suka wanita dengan berat badan biasa atau sedikit berisi daripada wanita yang kurus.
Penyelidikan ini dijalankan oleh Universiti St Andrews Scotland yang menjemput sekumpulan pelajar untuk penyelidikan mereka. Sejumlah 84 pelajar wanita ditanya mengenai kesihatan mereka, tekanan darah diukur, dan kemudian gambar.
Kemudian sekumpulan lelaki berusia 18-26 tahun mengambil bahagian untuk menilai. Daripada pilihan yang diambil oleh pelajar, mereka lebih suka wanita dengan berat badan normal atau sedikit berisi daripada wanita yang kurus.
Hasilnya mendedahkan bahawa berat badan normal atau sedikit berisi seorang wanita menjadi tanda bahawa dia sihat dan lebih menarik untuk lelaki. Walaupun ramai wanita yang menganggap dirinya lebih kurus, akan kelihatan cantik dan menarik di mata lelaki. Perkara yang agak bercanggah.
Terakhir, adakah anda masih mahu kurus seperti Paris Hilton ataupun bintang Korea Selatan? Pilihan anda adalah hak anda selagi anda selesa dan sentiasa sihat tubuh badan dan bukannya kerana seorang lelaki.
Kelebihan Memiliki Pasangan Badan Chubby
Ramai juga ya lelaki yang mudah tertarik dengan wanita yang berbadan sedikit gempal dan berisi ni.
Mungkin lelaki akan kurang untuk berterus terang bahawa mereka menyukai wanita yang berbadan sedikit gempal.
Paling penting sekali, mereka inginkan seorang wanita yang memiliki hati yang ikhlas setelah berkahwin dan bukan berbadan kurus semata-mata.
Perkara yang paling penting dan harus di titikberatkan ialah memiliki keikhlasan, kesetiaan dan personaliti yang menyenangkan.
Sekiranya anda mempunyai kekasih yang berbadan sedikit chubby ini, ini sebab alasan yang anda harus tahu dan tidak menjadikannya alasan untuk rasa malu dan insecure:
1 Teman makan yang membahagiakan
Jika pasangan anda seorang yang sangat meminati makanan, dia adalah pasangan yang terbaik berbanding pasangan yang hanya makan salad dan sayuran hijau sahaja.
Ada pasangan jenis ini juga boleh menjadikan anda seorang yang bahagia untuk memilih dan bebas untuk makan apa saja tanpa rasa bersalah.
2 Tidak perlukan cermin
Jika anda wanita yang sangat mementingkan bentuk badan sudah pasti mereka akan menghabiskan masa berjam-jam hanya untuk membelek tubuh badan, seharian.
Setiap kali melihat cermin sudah pasti akan melekat. Namun, jika anda mempunyai pasangan yang sedikit gempal, mereka tidak obses dengan cermin dan lebih suka menghabiskan masa dengan berjalan dan bersiar-siar dengan anda.
3 Tiada sebarang sekatan
Andainya, kekasih yang anda sayang sangat menjaga pemakanan dan sentiasa mengamalkan diet sihat, sudah pasti hidup anda akan mengalami tekanan dan terus menderita apabila bersamanya.
Jika anda memilih wanita yang berbadan sedikit besar, mereka tidak teragak-agak untuk melakukan apa sahaja malah berkongsi makanan bersama.
4 Mampu melindungi diri mereka sendiri
Sekiranya anda mempunyai teman wanita yang seksi dan bertubuh badan yang langsing, sudah pasti akan ada sahaja yang mula menganggu dan melemparkan perkataan yang tidak senonoh atau menghina dan dia tidak mampu untuk berbuat apa-apa.
Jika pasangan anda berbadan gempal, jika dihina sudah pasti dia akan terus memberi pelajaran kepada orang-orang yang menghinanya.
Jadi usahlah anda rasa malu sekiranya mempunyai kekasih yang berbadan sedikit gempal dan chubby.
Itu sudah pasti akan membuatkan hari-hari anda meluangkan masa dengannya akan menjadi seronok tanpa ada apa yang boleh menghalang dan kamu berdua boleh melakukan apa sahaja yang dimahukan.
Oleh itu, terimalah dengan hati yang terbuka dan ikhlas jika kekasih anda tidak seksi dan kurus seperti orang lain.