Bebola daging yang kerap muncul di leher ini disebut skin tags, sebenarnya skin tags ini juga boleh muncul di bahagian ketiak, punggung dan sebagainya.
Kenapa skin tags ini boleh tumbuh? Ini berlaku kerana adanya penimbunan lemak dan minyak pada kulit yang disebabkan oleh kekotoran baik dari dalam mahupun dari luar tubuh.
Skin tags juga tidak membahayakan kesihatan, jangan risau. Hanya ini boleh sangat menganggu penampilan! Berikut ini 3 langkah praktikal dan mudah untuk membuang skin tags, dijamin hilang!
1. Cuka Epal
Asam yang terkandung dalam cuka epal sangat berkhasiat untuk menghilangkan pelbagai gangguan pada kulit, termasuk skin tags.
Bahan-bahan yang diperlukan:
1 sudu cuka epal
Cara rawatan:
1. Bersihkan permukaan kulit dan skin tags dengan sabun dan air panas
2. Setelah kulit kering, sapu cuka epal pada permukaan skin tags
3. Lakukan perkara ini dua kali sehari, iaitu di waktu pagi dan di waktu malam sebelum tidur
4. Bila secara rutin melakukan rawatan ini, skin tags dijamin akan gugur dengan sendirinya.
2. Jus nanas
Nanas mengandungi enzim peptidase yang mempunyai kemampuan untuk mencegah radang, virus, mengecilkan pori-pori kulit, dan menghilangkan skin tags!
Bahan-bahan:
1 buah nanas
3 titis air lemon
Kapas
Cara rawatan:
Jus buah nanas sampai cair, kemudian masukkan 3 titis air lemon ke dalamnya
2.Rendam kapas pada jus buah, usapkan kapas tersebut pada permukaan skin tags
3. Lakukan secara rutin 3 kali sehari.
3. Bawang bombay dan garam laut
Bahan-bahan:
Bawang besar, 1 sudu garam laut
Plaster luka
Cara rawatan:
1. Hiris halus bawang besar, tumbuk sampai berair.
2. Campurkan garam laut ke dalamnya, aduk sekata
3. Sapukan air campuran garam dan bawang tersebut pada permukaan skin tags, tutup dengan plaster luka semalaman
4. Ulangi langkah ini selama 10-12 hari.
Cara-cara ini sangat semulajadi untuk membasmi bebola daging yang mengganggu di kulit tapi bila saiz skin tags sudah terlalu besar, sebaiknya rujuklah kepada doktor ya.
Semoga bermanfaat dan jangan lupa kongsikan artikel berguna ini kepada sahabat yang lain.
Sumber: Healthybnb