Ada sesetengah wanita yang sudah semulajadi cantik, tanpa perlu mengenakan sebarang solekan sudah nampak cantik dan menarik, tetapi ada sesetengah wanita yang bergantung harap pada mekap bagi menaikkan seri wajah mereka.
Walaupun dengan itu, berkemungkinan juga bukan semua wanita suka mengenakan gincu bibir, tetapi memang tidak dapat dinafikan bahawa gincu bibir adalah salah satu daya penarik utama bagi kaum wanita.
Bagi lelaki, bibir wanita antara salah satu bahagian kegemaran dan mempunyai daya tarikan seksual. Jika anda memakai gincu bibir, anda akan nampak lebih terserlah dan menawan!
Menurut satu kajian lagi, lelaki boleh hilang minat pada wanita apabila melihat bibir seseorang wanita itu pucat dan tidak memakai gincu bibir. Faktanya, 80% lelaki tertarik dengan wanita yang bermekap dan mengenakan gincu bibir yang lebih terang.
Disebalik itu semua, berikut ini semakan sebab lain kenapa lelaki sangat sukakan wanita yang memakai gincu!
1 Lelaki hilang minat pada wanita tidak bermekap
Kebanyakkan lelaki lebih suka wanita yang suka menjaga kecantikkan diri, bagi mereka melihat wanita yang suka bermekap membuatkan mereka lebih tertarik dan mahu mendekatkan diri mereka dengan wanita tersebut.
2 Lebih menggoda dengan pemilihan gincu yang sesuai
Selalunya warna merah terang sentiasa menjadi pilihan lelaki. Bagi mereka merah itu warna yang menyerlah dan menawan. Jika sesuai dengan warna kulit anda, anda mampu memikat sesiapa sahaja yang melihat anda.
3 Warna gincu menentukan minat lelaki kepada anda
Ada lelaki sukakan warna gincu merah terang, ada yang suka merah gelap. Jadi perhatikan warna gincu anda sebelum temu janji pertama! Ketahui warna kegemarannya, tetapi jika warna kegemarannya itu tidak sesuai untuk dipakaikan sebagai gincu, jangan pula memakai gincu berwarna hitam kerana pasangan anda sukakan warna itu! sebaiknya pilih warna yang lebih terang, mungkin ianya mampu memikat hati pasangan anda itu.
4 Menjadikan wanita lebih menarik
Bagi lelaki, warna gincu semula jadi membuatkan seseorang wanita itu lebih menarik. Lihat saja selebriti wanita Korea yang menjadi pujaan ramai lelaki. Selebriti wanita Korea sering tampil dengan warna gincu yang mengikut warna bibir mereka.