Jika ada diantara anda yang masih membujang tiada teman hidup, mungkin anda perlu mencuba sesuatu yang baru supaya dapat menarik minat jejaka untuk memandang anda.
Warna hitam dikatakan mampu memberi impak besar dalam pergaulan, jika anda memakai pakaian berwarna merah, anda akan nampak lebih anggun dan mampu menarik minat jejaka yang memandang anda.
Selalunya wanita akan memilih baju hitam untuk kelihatan kurus dan langsing. Tapi sekarang tiada masalah lagi untuk anda selalu pakai pakaian berwarna gelap ini.
Lebih seksi, yakin dan bijak!
Menurut satu kajian yang dibuat oleh satu portal membeli belah dalam talian, wanita yang memakai baju warna hitam akan dilihat lebih seksi, yakin dan bijak.
Kajian tersebut melibatkan seribu responden lelaki, dimana para penyelidik menunjukkan gambar wanita dan mereka perlu memberikan nilai berdasarkan warna busana yang dipakai oleh wanita di dalam gambar tersebut.
Hasil kajian mendapati, majoriti responden lelaki berpendapat bahawa wanita yang memakai baju warna hitam lebih menarik perhatian. aAda diantara mereka berpendapat bahawa wanita yang memakai baju warna hitam dan putih lebih nampak seksi dan menarik.
Sumber: Hanasuva.com