Tetaplah berhubung

Jika Anda Mempunyai 5 Tabiat Ini, Anda Adalah Tergolong Dalam Orang Yang Bijak

Info

Jika Anda Mempunyai 5 Tabiat Ini, Anda Adalah Tergolong Dalam Orang Yang Bijak

Sudah pasti ramai di antara kita menginginkan menjadi seorang yang bijak. Bukan sahaja bijak dari segi perbuatan malah mereka juga harus bijak dari segi pelajaran.

Setiap dari kita sudah tentu dilahirkan dalam keadaan yang bijak cuma kita sahaja tidak mempraktikkannya dengan cara yang betul.

Jika anda ingin mengetahui anda seorang yang bijak ataupun tidak, cuba anda perhatikan tabiat buruk yang ada pada diri anda sendiri.

Mengikut kajian dari pakar, ada beberapa tabiat yang telah menunjukkan diri seseorang itu bijak tanpa disedari.

Tabiat suka menyumpah seranah

Kebanyakkan kajian telah menunjukkan bahawa seseorang yang gemar sumpah seranah ini adalah golongan yang bijak. Malah tabiat seprti itu juga turut menunjukkan IQ seseorang itu tinggi.

Senang untuk percaya kepada orang lain

Ramai yang berpendapat bahawa orang yang bijak pandai amat susah unuk mempercayai orang lain di sekelilingnya. Mengikut kajian ia telah membuktikan orang yang bijak ini sangat mempercayai orang lain dengan mudah.

Tidak menyukai makan makanan yang berdaging

Menurut kajian, mereka yang mempunyai IQ yang tinggi ini juga lebih mengemari makanan seperti ayam, sayur, ikan dan mereka tidak berapa mengemari makanan dari daging ataupun kambing.

Tidur lewat

Seseorang yang bijak pandai ini secara kebiasaannya amat kurang tidur ataupun kerap tidur lewat sehingga lewat malam. Mereka lebih gemar untuk berjaga pada waktu malam kerana mereka berpendapat waktu berkenaan adalah waktu yang membolehkan mereka mendapat banyak idea dalam menyelesaikan sesuatu perkara.

Tabiat suka mengigit kuku

Tabiat bagi yang suka sangat mengigit kuku ini adalah sesuatu perkara biasa. Ada segelintir yang menganggap mengigit kuku ini adalah satu perbuatan yang menjijikan. Menurut pakar psikologi, tabiat pelik seperti itu juga dapat mengurangkan kebosanan dan ia dapat menenangkan seseorang yang mempunyai tabiat pelik itu. Ia juga menunjukkan seseorang itu sebenarnya seorang yang bijak pandai.

Mungkin bagi segelintir orang akan meluat dengan tabiat-tabiat di atas tetapi mereka tidak tahu di sebalik tabiat itu boleh menunjukkan seseorang itu sebenarnya bijak bukannya orang yang sebarangan.

Sumber: Hanasuva.com

Muat artikel
Anda mungkin juga meminati...

Klik Untuk Komen

Lagi di Info

Ke Atas