Selepas bersalin si ibu pasti bimbang akan bentuk tubuh badan yang berubah ketika hamil yang dulunya kurus cantik, berubah menjadi berisi. Mana taknya, sembilan bulan berat badan kita bertambah sewaktu hamil. Tapi bila dah bersalin, bentuk badan kita tak mungkin akan jadi kembali kurus sama seperti sebelum kita hamil.
Yang paling ketara, selepas bersalin pasti perut akan jadi menggeleber dan kendur sebab otot kita menjadi lemah di bahagian abdomen. Bukanlah mudah untuk kita kembali ramping seperti sebelum mengandung.
8 Rahsia Cepat Kurus Selepas Bersalin
Jangan putus asa, amalkan tips kurus berikut bagi memastikan impian kita untuk kembali kelihatan kurus dan langsing seperti dahulu menjadi kenyataan. Bila dah kurus, badan pun sihat, dan yang penting suami pun sayang lebih.
1 Santai
Untuk kembali kurus dan tampak langsing memang memerlukan waktu. Walaupun nampak mudah, tapi ianya bukanlah sesuatu yang kita boleh dapatkan dalam waktu yang singkat. Tubuh kita telah melalui perubahan besar ketika hamil selama 9 bulan. Jadi, janganlah terlalu memaksa dan berharap untuk kembali langsing dalam tempoh yang singkat.
2 Susukan anak
Ini adalah bonus buat ibu menyusu. Bukan sahaja dapat memberi anak susu yang berkhasiat, malah dalam masa yang sama boleh kurus jugak. Seorang ibu yang menyusukan bayinya dapat menghilangkan lebih banyak berat badan dengan kadar yang cepat berbanding dengan ibu yang tidak menyusukan anaknya. Ini kerana, ibu menyusu akan membakar lebih 500 kalori setiap hari.
3 Banyakkan pengambilan protein
Gantikan daging berlemak dengan ayam atau ikan. Ikan salmon contohnya kaya dengan sumber Omega 3 telah terbukti dapat membantu menurunkan berat badan.
4 Banyakkan bergerak
Pastikan kita banyak bergerak selepas habis berpantang. Contohnya, berjalan-jalan sedikit sambil mandukung anak diluar kawasan rumah. Lakukan selama lebih kurang 30 minit dan amalkan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Ini dapat membakar kalori badan kita dan membuatkan kita berpeluh.
5 Makan sedikit
Hindari makan terlalu banyak dan menjaga metabolisme badan dengan cara mengambil makanan dalam sajian yang kecil tetapi kerap. Contohnya 5-6 kali sajian. Jangan tunggu lapar baru kita nak makan, sebab nanti kita akan lagi cenderung untuk makan lebih banyak.
6 Kudapan yang sihat
Elakkan daripada mengambil kudapan atau makanan sampingan yang tinggi lemak dan rendah serat seperti kerepek, aiskrim dan makanan manis. Boleh gantikan dengan buah-buahan atau salad. Itu lebih berkhasiat.
7 Banyakkan serat
Pengambilan makanan yang kaya dengan serat boleh membuatkan kita kenyang dalam kadar yang lama. Makanlah makanan yang berserat larut seperti bijirin, buah-buahan segar dan sayur-sayuran. Pilih roti gandum dan nasi daripada beras merah.
8 Banyakkan pengambilan air
Air berfungsi sama seperti minyak yang dapat melancarkan fungsi organ badan di dalam tubuh. Pastikan tubuh sentiasa dipenuhi keperluan cairan kerana ia amat penting untuk menurunkan berat badan, membantu pencernaan, dan mengurangkan nafsu makan.
Bukanlah mudah untuk kita kembali kurus dan langsing selepas bersalin dalam masa yang singkat. Tetapi dengan mengamalkan rahsia-rahsia di atas ini, semoga kita boleh kembali kurus semula. Jangan sampai suami kita dah tak suka tengok kita sebab badan berisi, barulah kita terhegeh-hegeh nak kurus. Bukan kurus yang dapat, tapi semakin gemuk sebab asyik stres badan tak kurus-kurus.