Apabila cermin kereta retak, ianya sedikit sebanyak menganggu penglihatan pemandu, walaupun hanya sedikit retakkannya, ada yang beranggapan cermin berkenaan sudah tidak dapat dibaiki, dan jalan penyelesaiannya adalah dengan membeli cermin kereta baru.
Sebenarnya ada beberapa cara untuk kita membaik pulih cermin kereta yang retak, tidak perlu membeli cermin kereta baru. Tetapi ramai yang tidak tahu taktik ini malah segera membuat keputusan untuk membeli cermin kereta baru. Iya la, kadang-kadang dalam keadaan panik , mana ada masa untuk fikir cara lain selain beli baru sahaja.
Hanya menelan belanja kurang dari RM20, anda sudah boleh mendapatkan DIY Windshield Repair KIT. Cara menggunakannya juga agak mudah kerana tidak memerlukan kepakaran apa-apa melainkan sedikit usaha, dan apa yang penting anda boleh cuba sendiri di rumah. Jangan malas ambil tahu tentang ilmu permotoran, setiap pemandu harus tahu taktik ini.
Tonton video di bawah dan ikuti satu per satu langkah yang ditunjukkan, sangat mudah. Tambahan lagi bahan-bahan yang digunakan juga mudah didapati di kedai hardware dengan harga yang sangat murah sebenarnya.
Sebenarnya cermin depan kereta memerlukan penjagaan sempurna agar tidak mudah pecah atau retak ketika berhadapan dengan hari hujan dan cuaca sejuk. Punca utama berlakunya keretakkan pada cermin hadapan kereta selalunya adalah kerana meletakkan kereta ditempat terbuka dibawah sinaran matahari yang terlalu lama dan semua tingkapnya ditutup tanpa ruang keluar masuk udara dalam kereta.
Jadi, lepas ni tak payah panik lagi, jangan membazir lagi. Hanya sedikit ilmu anda boleh menyelamatkan duit anda!
Sumber: Beritakopak.com