Sebagai insan di muka bumi ini saling berinteraksi adalah perkara paling penting yang anda lakukan. Agar diri kita dan apa yang kita mahu sampaikan diterima sama baiknya. Namun, walaubagaimanapun anda melakukannya dengan baik, kadang-kadang orang lain tidak dapat menerima diri seadanya, jadi anda harus pintar mengambil hati.
Mengambil hati orang lain itu bukanlah susah perkara susah untuk dilakukan. Berikut Aliff Channel kongsikan tips bagaimana berinteraksi, mengambil hati kakak ipar yang mungkin anda perlukan ketika ini.
Nasihat Berjaya Tarik Hati Akak Ipar
Terikat kerana perkahwinan, hakikatnya anda adalah “orang luar” dalam keluarga. Bukan mudah bagi mereka untuk menerima orang baru lebih-lebih jika anda menantu sulung.
Seboleh mungkin elak membiarkan gap antara ipar berterusan kerana mereka kini adalah kakak/adik/abang baru anda.
Yang paling susah sekali ialah mengambil hati kakak ipar. Silap sedikit dia akan report pada mak mentua. Betul tak?
Jadi, apa yang boleh dilakukan untuk menarik dan mengambil hati ipar duai anda?
1 Kenal pasti hobi atau minat ipar
Dengan mengetahui hobi ipar, setiap kali anda berjumpa mereka, anda dapat berkongsi topik tentang hobi tersebut dengan mereka. Lagi-lagi kalau kebetulan punya minat yang sama, memang leka berbual.
2 Cuba luangkan masa bersama
Sesekali dating dengan ipar. Bawa ke tempat yang disukainya atau dan luangkan masa melakukan aktiviti kegemarannya bersama-sama.
3 Alu-alukan kehadirannya
Setiap kali bila ada perjumpaan keluarga di rumah anda, alu-alukan kehadiran ipar-duai agar mereka tidak rasa kekok malah selesa bertandang ke rumah. Layan dan ajak mereka berbual. Jangan pula anda duduk terperap dalam bilik!
4 Anggap seperti adik-beradik sendiri
Bagaimana anda melayan adik-beradik anda dengan mesra, begitu jugalah anda perlu melayan ipar-duai.
5 Jadi teman
Jika ipar lebih muda dari anda, bersedialah untuk jadi tempat mereka mengadu.
6 Ambil berat
Setiap kali tiba hari lahir dan ulang tahun perkahwinan atau perayaan, jangan buat acuh tak acuh. Anda boleh wish sebagai tanda ingatan dan memberi hadiah.
7 Sering berkomunikasi
Kadang-kadang penampilan ipar yang lebih ‘senior’ nampak garang dan tegas. Tapi jangan jadikan ia sebagai penghalang untuk anda terus berbual-bual dan mengenali ipar dengan lebih rapat.