Tetaplah berhubung

‘Bila Kau Dah Bergelar Tunang Orang, Sila Jangan Layan Orang Lain’

Info

‘Bila Kau Dah Bergelar Tunang Orang, Sila Jangan Layan Orang Lain’

Masa bertunang, selalu je bergaduh, kerap rasa nak marah, kadang kadang ada sesetengah pasangan tu sampai nak putus tunang, tak jadi nak kahwin. Benda yang digaduhkan kecik je sebenarnya dan biasanya diungkit dengan perkara lain.Tu yang menyebabkan gaduh jadi besar.

‘Bila Kau Dah Bergelar Tunang Orang, Sila Jangan Layan Orang Lain’

Bagi mereka yang bakal bertunang, satu je nasihat orang tua-tua. Jangan bertunang terlalu lama kerana dunia bertunang ni terlampau banyak dugaannya. Apatah lagi bagi pasangan yang berjauhan. Bila berjauhan, kena ada kepercayaan yang tinggi dalam diri. Kalau ada syak wasangka dan curiga, gaduh sikit terus nak putuskan hubungan pertunangan. Padahal bukan ada orang ketiga pun, tapi ada makhluk ketiga.

Berikut merupakan cabaran-cabaran besar yang kebisaannya dilalui oleh mereka yang sedang bertunang.

1. Permainan Syaitan

‘Bila Kau Dah Bergelar Tunang Orang, Sila Jangan Layan Orang Lain’ 1

Kepada mereka yang sudah bertunang @ sudah cop wanita itu untuk menghalalkannya.

Kata seorang guru:

Apabila kamu bertunang dengan istisyarah atau istikharah, kemudian kamu di uji dengan wanita lain yang lebih dilihat lebih baik, itu tandanya tunangan kamu itu yang terbaik. Ini kerana syaitan sedang mengada adakan keburukannya agar pernikahan kamu terbatal. Maka tatkala akad nikah sempurna, hilanglah fitnah syaitan, bahagialah rumah tanggamu.

Manakala kebiasaan pada perhubungan secara tidak baik, pasangan akan sentiasa dihias oleh syaitan, lantas dia tidak dapat melihat keburukan pasangannya. Maka tatkala lafaz akad nikah sempurna, hilanglah hiasan syaitan, maka terdedahlah satu persatu aib, lalu berlakulah perceraian dan sebagainya.

2. Berdosa Ganggu Tunangan Orang!

‘Bila Kau Dah Bergelar Tunang Orang, Sila Jangan Layan Orang Lain’ 2

Jika sudah cop wanita itu untuk menghalalkannya dan kedua dua setuju berserta seorang saksi dikira tunang secara Islam cumanya adat Melayu menyarungkan cincin buat pihak perempuan itu yang menampakkan ia lebih jelas dan lebih hormat dan status jika dia sudah menjadi tunang orang tidak boleh diganggu. Hukumnya haram.

3. Jangan Terlalu Melayan Yang Lain!

‘Bila Kau Dah Bergelar Tunang Orang, Sila Jangan Layan Orang Lain’ 3

Jika sudah mempunyai calon, jangan terlalu melayan yang lain. Bimbang, dalam senyap ada yang menyimpan perasaan dan harapan walau sekadar sahabat baik. Bila da memilih bakal pasangan, hentikanlah pencarian, tundukkanlah pandangan dan lakukan istikharah berterusan. Apapun manusia merancang, ALLAH merancang, sebaik baik perancang itu ALLAH SWT.

Jadi, janganlah bertunang terlalu lama. Percepatkanlah kepada perkahwinan. InsyaALLAH moga di redhai ALLAH selalu. Sepanjang menuju ke alam perkahwinan.

Muat artikel
Anda mungkin juga meminati...
1 Comment
  • Abdul Razak

    Tunang adalah satu perkara yg bukan dr ajaran Islam.. Dr itu tunang adalah symbol bukan ketentuan yg mereka sudah atau dh bersatu. Adab dn pantang larang harus dijaga.. Memegang-megang dn jagai aurat masing2..

Lagi di Info

Ke Atas