Bentuk Jari Mampu Menunjukkan Personaliti Diri Anda. Namun sebanyak manakah jari mampu dinilai dengan personaliti diri kita? Adakah ianya benar atau kata-kata kosong? Disini kami kongsikan maklumat tentang jari yang dipetik dari laman mediamaklumat.com. Gambar tersebut menunjukkan tiga jenis panjang jari, bertanda A, B dan C. Sila lihat dan semak jari anda serta ketahui apakah makna yang tersembunyi di sebaliknya.
Bentuk Jari Kumpulan A
Mereka yang memiliki jari manis yang lebih panjang daripada jari telunjuk menunjukkan mereka seorang yang cantik dan kacak. Mereka juga mempunyai daya tarikan yang sangat menarik. Di samping itu, mereka lebih agresif dan tegas dan ia tidak ada masalah bagi mereka untuk mengambil risiko.
Profesion mereka biasanya ialah askar, jurutera, pemain catur dan mereka juga berjaya dalam menyelesaikan silang kata. Ahli-ahli sains dalam kajian mereka mendapat bahawa mereka yang memiliki jari manis lebih panjang akan hidup lebih senang berbanding dengan mereka yang memiliki jari manis lebih pendek
Jari Kumpulan B
Mereka yang memiliki jari manis lebih pendek daripada jari telunjuk mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan bersikap sombong. Mereka lebih suka bersendirian dan tidak suka diganggu di masa lapang mereka.
Mereka bukan jenis orang yang akan mengambil langkah pertama dalam perhubungan, tetapi mereka sentiasa menerima dan menghargai perhatian yang mereka terima.
Jari Kumpulan C
Mereka yang mempunyai jari manis dan jari telunjuk sama panjang adalah mereka yang sukakan kedamaian, dan berasa tidak selesa apabila mereka mendapati diri mereka berada di dalam zon konflik.
Mereka ini seorang yang sangat teratut dan sentiasa cuba bergaul dengan semua orang. Mereka ini disifatkan seorang yang setia dalam perhubungan yang penuh dengan kelembutan dan penyayang terhadap pasangan mereka.
Tapi jangan pula anda percaya bulat-bulat dengan apa yang diberitahu nanti. Sama seperti zodiak. Ia tidaklah tepat sepenuhnya. Sekadar hiburan yang direka untuk menghiburkan anda semua dan jika tepat semuanya adalah kebetulan semata-mata.
Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.
Jadi, selesai membaca, adakah sama seperti yang anda jangkakan atau tidak? kongsikan dengan rakan anda yang lain tentang ini. Jangan lupa untuk like page aliffchannel untuk sentiasa mendapat info menarik dari semasa ke semasa.