Tetaplah berhubung

Benarkah Durian Dikatakan Mampu Merangsang Syahwat Lelaki?

Info

Benarkah Durian Dikatakan Mampu Merangsang Syahwat Lelaki?

Durian adalah raja buah yang sangat digemari hampir seluruh rakyat Malaysia. Walaupun begitu, tidak kurang juga yang tidak menggemarinya kerana berpendapat baunya yang kurang menyenangkan.

Bagi penggemar durian pula, bau dan rasa durian sangat enak dan tiada tolak bandingnya! Tahukah anda, sebenarnya durian bukan sahaja enak, malah memberi kebaikan kepada tubuh badan, hanya dengan syarat makan jangan terlalu banyak dan besederhana.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, ia tambahan beberapa kajian dari seluruh negara terhadap sudut positif memakan durian. Kerajaan akan membuat kajian terhadap khasiat memakan durian yang dikatakan memberi kebaikan untuk kesihatan lelaki.

Jelasnya, ia termasuk kajian di luar negara mengenai komposisi durian yang mempunyai antioksida lebih tinggi selain berkaitan kulit durian yang mempunyai antibiotik untuk melegakan batuk.

“Durian juga seperti makanan lain ianya boleh dimakan, baik untuk dimakan tetapi dalam bentuk kesederhanaan.

“Jangan berlebih-lebihan terutamanya kepada pesakit kencing manis. Ada kajian durian ini ada unsur baik untuk lelaki dan kita akan beri badan berkaitan untuk buat kajian lebih mengenai hal ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Noor Azmi Ghazali (Barisan Nasional-Bagan Serai) mengenai kajian durian dan kesan pengambilannya terhadap kesihatan.

Dalam pada itu, jelasnya, teknologi simpanan durian menggunakan kaedah sejuk beku membolehkan buah itu dapat dinikmati sepanjang masa dan bukan hanya waktu musimnya sahaja.

Selain itu katanya, kaedah penggunaan kolagen pada durian juga membolehkan buah itu bertahan sehingga setahun.

Bagaimanapun katanya, jika diberi pilihan, orang ramai lebih menggemari durian Malaysia berbanding dari Thailand.

Sebelum ini, Shabery menjelaskan, kerajaan memohon kelulusan segera daripada Kerajaan China untuk membolehkan durian Musang King segar dibawa ke pasaran republik itu dalam masa terdekat.

Tegasnya, ia secara tidak langsung membolehkan pasaran raja buah itu mampu bersaing dengan buah-buahan tempatan yang sudah berjaya dieks­port ke negara itu sebelum ini.

Jelasnya, setakat ini negara tersebut hanya menerima pasaran eksport musang king sejuk beku sahaja.

Sumber: Astroawani.com

Klik Untuk Komen

Lagi di Info

Ke Atas