Tidak disangkal kebenaran bahawa 99% yang suka membebel adalah dari golongan wanita. Ini kerana kaum wanita lebih peka akan perkara-perkara kecil yang selalunya kaum lelaki terlepas pandang.
Lelaki mungkin menganggap sesuatu perkara itu remeh tetapi wanita sebaliknya, dan dari situ tercetusnya bebelan. Oleh kerana tidak mahu bebelan itu berpanjangan ataupun mungkin sahaja boleh pencetuskan perbalahan, ada perkara yang perlu anda lakukan. Berikut cara berhadapan dengan orang kuat membebel.
Diamkan diri, dan hanya mendengar
Sebaiknya apabila si dia membebel, diamkan diri sahaja dan hanya mendengar bebelan tersebut. Pastinya bebelan itu tidak lama kerana tiada respon dari anda.
Elakkan daripada menjawab bebelan tersebut
Ketika mendengar bebelan, sila kuatkan hati untuk mendengar bebelan tersebut, jangan sesekali menjawab ini kerana ia akan mencetuskan kemarahan dan kemungkinan bebelan itu akan berterusan lebih lama.
Minta maaf jika ada kesilapan dan kesalahan
Jika ada berbuat salah sila meminta maaf atas kesilapan yang telah dilakukan, jangan terlalu egois untuk melontarkan kata “maaf”. Mungkin saja setelah mendengarnya si dia terus terasa tenang dan tidak memanjangkan bebelan tersebut.
Cuba memujuk atau mengambil hati
Jika sudah berbuat salah, cubalah memujuk si dia agar hatinya yang sakit kembali tenang. Bukan lah hadiah di pinta, cukuplah dengan kata-kata yang boleh melembutkan hati.
Kenal pasti punca apa yang dibebelkan dan elakkan perkara tersebut berulang
Pastinya anda telah melakukan kesalah sehinggakan si dia membebel, tiada manusia yang hendak marah dengan tiba-tiba melainkan jika ada sesuatu yang telah menyakiti hatinya. Peka terhadap sekeliling pastinya pasangan anda tidak akan membebel.
Jika tiada pilihan, masuk telinga kanan keluar telinga kiri
Seandainya anda diam tetapi bebelan tetap berterusan, sudah di pujuk masih juga tidak nampak jalan penyelesaian. Anda hanya perlu diam dan anggap saja ianya satu hiburan. Biarkan bebelan tersebut berlalu begitu sahaja. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri.
Elakkan melakukan perbuatan yang menambah kemarahan si peleter
Sebaiknya jika sudah tahu si dia tidak menyukai sesuatu, elakkan melakukan perbuatan yang boleh membangkitkan kemarahan si dia. Ataupun anda akan mendengar bebelan sepanjang hari tanpa henti. Menakutkan bukan?
Lelaki atau perempuan, apabila sahaja anda mendengar leteran, ambil sahaja point baik yang hendak disampaikan. Andai sememangnya salah anda, diam sahaja dah selepas sahaja habis leteran segeralah meminta maaf.