Terkini musim hujan sudah melanda dan perubahan musim juga akan tiba bermulanya dari musim kemarau hinggalah musim hujan lebat.
Terdapat beberapa perkara yang harus kita bersedia sebelum menghadapi musim hujan. Apa yang paling penting adalah daya ketahanan tubuh badan.
Walaupun dianggap remeh bagi segelintir orang awam, dan langsung tidak mengambil berat tentang perkara penting sebegini.
Terdapat beberapa tips yang berikut adalah tentang persiapan daya tahan tubuh badan pada musim hujan.
Elakkan membeli makanan yang sebarangan
Selalunya pada musim hujan sering kali dikaitkan tentang bakteria terhadap makanan. Adalah lebih baik mencegah dari merawat. Pelbagai makanan pasti akan menarik perhatian kita untuk membelinya, tapi adakah anda mengetahui tentang kebersihan sesuatu makanan yang kita makan tersebut. Anda harus berwaspada tentang aspek tersebut.
Berhati-hati terhadap serangga
Musim hujan akan ada banyak serangga keluar, sebagai contohnya seperti nyamuk. Kita haru menghindarkan diri dari terkena gigitan nyamuk kerana serangga tersebut boleh mendatangkan penyakit yang berbahaya seperti penyakit Malaria ataupun Aedes Aegeypti.
Berhati-hati dengan jangkitan kulat
Pada masa hujan seperti hari ini, tidak mungkin kaki kita akan lari dari terkena genangan hujan. Anda seharusnya segera mencuci kaki yang terkena air. Sebabnya, kaki anda kemungkinan besar akan mendapat jangkitan kulat.
Andai kata anda merasa ragu-ragu tentang kebersihan itu, anda juga boleh mandi dengan air panas untuk menghilangkan semua kotoran. Sentiasa pastikan kaki dan tangan anda dalam keadaan yang sentiasa kering untuk mengelakkan jangkitan.
Makan makanan yang masih dalam keadaan panas
Makan makanan yang masih dalam keadaan yang panas adalah sesuatu yang disyorkan semasa musim hujan untuk mengelakkan diri dari batuk dan selesema. Sentiasa memanaskan makanan sebelum memakannya. Minum minuman panas dan teh herba untuk menjaga tubuh sentiasa hangat.
Sediakan baju hujan dan payung
Sentiasa membawa baju hujan dan payung agar tidak basah. Selepas di gunakan simpan dalam keadaan yang kering.
Paling utama adalah dengan menyediakan ubatan asas untuk demam, batuk, dan juga selesema. Serta Rangkaian Penyusupan Cap Rhinoceros dari Sinde yang diperbuat daripada bahan semula jadi Gypsum Fibrosum dan Galcareus Spar.
Mencegah dari merawat adalah lebih bagus. Persediaan awal sebelum terkena masalah adalah amat penting, supaya kita tidak akan menjadi tergopoh gapah bila keadaan yang tidak diingini berlaku.
Sumber: Dream.co.id