Sunburn atau Selaran matahari boleh berlaku jika kulit kita terdedah kepada sinaran cahaya matahari di dalam jangkamasa yang lama. Selalunya sunburn ini terjadi selepas pulang dari percutian pantai atau pulau-pulau. Sudah pasti ianya akan membuatkan anda rasa tidak selesa dan malu untuk berhadapan dengan orang.
Sunburn boleh berlaku kerana kulit mempunyai pigmen yang dikenali sebagai melanin. Ia berperanan menentukan corak dan warna kulit, serta melindungi kulit daripada radiasi cahaya ultra ungu. Sebab itu apabila kulit anda terlalu terdedah dengan cahaya matahari yang terik, perubahan warna kulit akan berlaku.
Melanin merupakan mekanisma semulajadi kulit tetapi pendedahan kepada sinaran matahari yang lama akan menyebabkan radiasi cahaya ultra ungu mengatasi melanin kulit dan menyebabkan sunburn.
Jika anda mahu mengelakkan dari terkena sun burn ini, anda harus menghindari sinaran matahari diantara 10 pagi dan 3 petang, kerana waktu inilah radiasi ultra ungu sangat kuat.
Jika anda hendak keluar dan melakukan aktiviti luar rumah, pastikan anda menggunakan losyen penghalang/penapis cahaya untuk menghindarkan kulit anda terlalu terdedah dan akan mengakibatkan perubahan warna kulit.
Ramai yang keliru dengan perbezaan antara sun block dengan sunscreen, Sunblock bertindak menghalang cahaya matahari dan memantulkan radiasi ultra ungu daripada terkena kulit. Ia mengandungi Zink Oksida atau Titanium Dioksida. Sunblockhanya memberikan perlindungin kepada kulit secara luaran dengan menghalang radiasi Ultra Ungu Beta (UVB). Ia sesuai digunakan oleh mereka yang mempunyai kulit sensitif.
Manakala, sunscreen meresap ke dalam lapisan dermis kulit dan mampu menangkis radiasi Ultra Ungu Alpha (UVA). UVA merosakkan kulit lebih teruk berbanding UVB. Sunscreen mengandung Avobenzone dan Oxybenzone. Maka tidak sesuai digunakan mereka yang mempunyai kulit sensitif.
Sunburn mempunyai 3 tahap yang anda perlu tahu,
1. Sunburn tahap pertama atau ringan – Kulit kemerah-merahan, disertai dengan rasa sakit.
2. Sunburn tahap kedua – Terdapat gelembung yang berisi cairan, disertai rasa sakit.
3. Sunburn tahap ketiga atau berat – Perlu perhatian Doktor dengan segera.
Anda juga perlu tahu, apakah tanda-tanda anda sudah terkena sunburn, ada sesetengah orang tidak perasan dengan perubahan warna kulit mereka sehinggalah mereka ditegur dan rasa kulit menjadi pedih. Menurut Kementerian Kesihatan, berikut adalah antara kesan dan akibat terdedah pada cahaya matahari:
Kesan terbakar kepada cahaya matahari yang sederhana
Kulit merah dan sedikit bengkak, gatal kulit dan berasa panas serta kering
Otot anda mungkin berasa sakit dan kulit akan menggelupas selepas beberapa hari
Kesan terbakar kepada cahaya matahari yang teruk
Kulit sangat merah, bengkak dan menggelupas
Anda mungkin mengalami kesakitan yang kuat dan tidak dapat menahan sakit apabila baju tersentuh kulit anda
Anda mungkin demam, rasa sejuk, lemah badan; dan perlu mendapatkan nasihat doktor dengan segera
Kemerahan kulit boleh bermula dalam masa 2-4 jam sebaik sahaja terdedah kepada sinaran matahari dan mencapai tahap kemuncak 24-48 jam kemudian.
CARA-CARA MENGHILANGKAN DAN MERAWAT KULIT YANG TERKENA SUNBURN
Kulit manusia mampu untuk pulih sendiri. Sunburn tahap 1 biasanya akan pulih dalam masa 2 – 6 hari. Untuk membantu kulit anda pulih dan mengurangkan rasa tidak selesa, anda boleh menggunakan tip-tip yang berikut:
1. Gunakan losyen yang mengandung lidah buaya (aloe vera). Lidah buaya meringankan rasa perit pada kulit dan membantu tubuh menghasilkan sel kulit yang baru.
2. Gunakan krim hydrocortisone. Ini dapat mengurangkan radang kulit dan rasa gatal-gatal.
3. Gunakan yogurt. Yogurt yang tidak bercampur apa-apa perisa (Plain Yoghurt) membantu melembapkan kulit yang terkena sunburn.
4. Gunakan cuka. Tuangkan cuka putih atau cuka epal ke atas kertas tisu dan lekatkan pada bahagian kulit yang terkena sunburn. Ianya menghilangkan rasa perit.
5. Gunakan teh hitam atau teh hijau. Teh hitam atau teh hijau mengandungi tannins dan komponen lainnya yang yang dapat mengurangkan bengkak pada kulit atau rasa pedih akibat sunburn.
6. Gunakan timun dan kentang. Potongan timun atau kentang dapat menyejukkan kulit dan meredakan rasa sakit, rasa perit, rasa gatal-gatal dan bengkak.
7. Gunakan serbuk penaik (baking soda). Campurkan baking soda dengan cuka, lalu sapukan pada kulit yang terkena sunburn sebelum tidur dan biarkan semalaman.
8. Gunakan oatmeal. Jika bahagian kulit yang terkena sunburn luas, kisar satu mangkuk oatmeal, tuangkan dalam baldi dan gunakannya untuk mandi.
Lindungi kulit anda dari pancaran matahari yang terlalu terik, ianya bukan sahaja membuatkan kulit anda rosak, namun akan menjejaskan kesihatan anda. Jadi berpada-padalah jika hendak berjemur ya!
Sumber: Lubukmaklumat.com