Tubuh badan kita adalah satu sistem di mana banyak hal terjadi pada perkara yang berlaku di dalamnya ketika ini.
Kadang-kadang, tubuh badan kita turut memberi petanda bahawa tubuh badan kita sedang memerlukan pertolongan, jika diabaikan, boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius malah berisiko kematian.
Berikut ini beberapa isyarat yang perlu difahami, jika perlu sila catat dan ambil tindakan segera!
Insomnia, mudah tersinggung, dan kejang kaki
Jika anda mempunyai tanda-tanda ini, itu tandanya tubuh sedang memerlukan magnesium dan potasium. Untuk mengisi elemen penting ini, anda perlu menambah tomato, oren, pisang, dan bayam ke dalam menu makanan seharian.
Kulit kering
Kekeringan pada kulit bermaksud menandakan tubuh kekurangan vitamin E. Oleh itu, sebaiknya anda mengambil lebih banyak sayur-sayuran, minyak, kekacang dan ikan.
Makanan manis
Jika tiba-tiba anda ada keinginan yang sangat kuat untuk makan sesuatu yang manis. Stres, kemurungan, atau keletihan boleh menjadi penyebab utamanya. Tubuh sedang meminta glukosa. Untuk mengelakkan kenaikan berat badan, lebih baik anda mengambil coklat pahit atau madu.
Keinginan untuk makan ais
Jika rasa ingin makan ais, bermungkinan anda sedang menderita anemia (kekurangan zat besi). Sumber zat besi terbaik adalah daging lembu, telur, dan moluska. Namun, sebaiknya berbincang dengan doktor jika ingin makan ais.
Gusi berdarah
Pendarahan gusi mendadak atau ketika memberus gigi adalah tanda tubuh sedang kekurangan vitamin C. Sertakan produk berikut dalam menu makanan: Buah sitrus (jeruk), bayam, lada hijau dan merah, tomato, kol, kembang kol, dan brokoli.
Kuku dan rambut yang rapuh
Tubuh sedang mengatakan bahawa sedang kekurangan vitamin B. Minum lebih banyak susu, dan cubalah untuk mengambil rumput laut dan cendawan.
Cincin di sekitar iris mata
Cincin seperti itu mungkin kelihatan pada orang berusia di atas usia 50 tahun, dan itu normal. Namun, jika muncul pada orang yang lebih muda, petanda kadar kolesterol tinggi. Anda perlu segera berunding dengan doktor mengenai hal ini.
Kaki Yunani
Kaki Yunani atau “jari kaki Morton”, jari kaki telunjuk lebih panjang berbanding jari lain, boleh menyebabkan luka lecet di bahagian kaki dan pastinya akan membuat anda tidak selesa ketika memakai kasut tertentu. Anda perlu lebih teliti ketika memilih kasut yang selesa.
Sumber: Brightside