Anda mabuk darat? Balik kampung merupakan perkara yang paling ditunggu-tunggu setelah sekian lama hidup di kota. Namun, satu perkara yang menjengkelkan adalah mabuk darat semasa dalam perjalanan.
Mabuk darat semasa dalam perjalanan balik kampung pasti membuatkan anda tidak selesa. Untuk perjalanan yang panjang dengan menggunakan jalan darat, anda sangat memerlukan tenaga.
Sangat tidak menyenangkan apabila sampai ke destinasi, kita jatuh sakit disebabkan mabuk darat. Untuk mengelakkan dari mabuk darat, ada beberapa tips yang boleh anda cuba menerusi laman fimela.com.
1 Dapatkan Tidur yang Cukup
Bagi orang yang mudah mengalami mabuk darat, perkara penting untuk memastikan tubuh kita benar-benar bersedia, mulakan dari seminggu sebelum berangkat. Dapatkan tidur yang cukup dan hindari dari tidur lewat. Pastikan tubuh badan anda segar sebelum berangkat dan ia akan mengurangi risiko mabuk darat.
2 Hindari Makanan dan Minuman Yang Menyebabkan Kembung Perut
Jangan minum minuman bersoda secara berlebihan. Kurangkan makan makanan dan minuman yang boleh membuatkan perut anda kembung. Makanan yang terlalu berasid juga mampu membuatkan perut kita kembung. Bahan makanan seperti kubis, kacang pea, dan brokoli juga boleh menyebabkan perut kembung. Maka, jika ingin makan, pastikan makan secukupnya sahaja.
3 Pastikan Cecair Tubuh Sentiasa Mencukupi
Jika anda melakukan perjalanan yang bakal ditempuh sangat lama dan panjang, memang ada kelonggaran untuk tidak berpuasa. Kerana anda boleh menggantinya di hari lain. Di sini kita harus selalu memastikan keperluan cecair badan sentiasa mencukupi.
Sebotol air kosong perlu selalu disamping kita supaya bekalan air cukup dalam badan. Sehari anda sekurang-kurangnya perlu minum 8 gelas air kosong atau mengikut kesesuaian badan dengan keadaan cuaca dan perjalanan yang bakal kita tempuh.
4 Minum Air Halia Selama Beberapa Hari Sebelum Berangkat
Seminggu sebelum berangkat, anda boleh mengamalkan air halia suam sebelum memulakan perjalanan yang jauh. Boleh juga diminum pada waktu sahur atau berbuka puasa. Sebelum berangkat, anda juga boleh minum segelas air halia suam. Amalan minum air halia suam boleh menghindarkan dari mabuk darat seterusnya mampu menghilangkan angin dalam badan.
5 Melakukan Senaman Seperti Joging Sebagai Rutin Harian
Anda boleh meluangkan masa pada waktu petang sebelum berbuka dengan membuat senaman ringan seperti joging, berlari anak. Tubuh badan yang mudah mabuk darat biasanya disebabkan oleh tubuh yang kurang sihat. Untuk memastikan tubuh badan kita benar-benar segar, anda perlukan usaha ini bagi memastikan anda tidak mabuk darat semasa dalam perjalanan.
Selain itu, anda juga boleh menggunakan ubat anti-mabuk darat sebelum memulakan perjalanan balik kampung. Akan tetapi, pastikan anda tidak memilih ubat anti-mabuk darat yang boleh menyebabkan mengantuk. Ia sangat merbahaya untuk perjalanan yang jauh. Yang penting, pastikan rehat anda cukup sebelum memulakan perjalanan.