Anda mungkin pernah mendengar teka-teki bukan? Setiap teka teki selalunya mempunyai jawapan yang tersendiri. Ada pula teka teki yang direka sendiri dan jawapannya sudah pasti mengarut tetapi melucukan!
Teka teki pada zaman sekarang selalunya soalan yang serius dan jawapan pun mengikut fakta, tidak seperti teka teki pada zaman dahulu yang kebanyakkanya teka teki yang menguji minda anda. Jika anda mendengar jawapannya pasti anda rasa lucu, namun jawapannya logik!
Jom kita lihat antara teka teki yang jawapannya sangat logik tetapi boleh buat anda pecah perut!
1. Polis Malaysia dan polis Indonesia, mana yang lebih tua? Berikan jawapan dengan sebab sekali.
Jawapan: Polis Malaysia yang lebih tua kerana polis Malaysia dipanggil Tok manakala polis Indonesia pula dipanggil bapak.
2. Sebab apa siput babi jalan lambat?
Jawapan: Sebab semasa berjalan, asyik berfikir sama ada dia siput ataupun babi.
3. Sukan apa selepas main kita tabik?
Jawapan : Golf
4. Antara kereta dan motor, manakah yang lebih tua?
Jawapan : Motor sebab pakai tongkat.
5. Dalam banyak-banyak kucing, kucing apa yang tak makan?
Jawapan : Kuching, Sarawak.
6. Kuda apa yang tiada kaki?
Jawapan : Kuda kepang
7. Apabila masuk, ia keras dan apabila keluar, ia lembik.
Jawapan : Stokin
8. Binatang apa yang kurang ajar?
Jawapan : Kutu kerana dia merayap di atas kepala.
Teruskan Selongkar…
9. Ikan apa yang paling rajin?
Jawapan : Ikan bandaraya sebab suka cuci cermin akuarium.
10. Pokok apa yang suka berkahwin?
Jawapan : Pokok pinang
11. Makanan apa, yang asalnya jauh dari negeri Perak?
Jawapan : Buah Melaka
12. Binatang apa yang selalu penat?
Jawapan : Anjng kerana selalu keluarkan lidah.
13. Kereta apakah yang orang tak panggil kereta?
Jawapan : Teksi
14. Dalam banyak-banyak bunga-bunga apa yang berwarna hitam?
Jawapan : Bunga tayar
15. Kenapa orang gali kubur tak pakai spender
Jawapan : Apa kes nak pakai spender, Pakai cangkul
16. Gajah lalu titi patah, selepas itu kambing pula lalu… Apa yang patah pula?
Jawapan : Patah balik
17. Dalam banyak-banyak kuih, kuih apakah yang orang makan tepinya sahaja?
Jawapan : Donut, Kuih keria
18. Burung apakah yang boleh berdiri, boleh baring tetapi tak boleh duduk?
Jawapan : Penguin
19. Bila gajah jadi ayam, lalu singa jadi ayam dan kambing jadi ayam maka ayam jadi apa?
Jawapan : Ayam jadi banyak
20. Dalam banyak-banyak kereta, kereta apa yang tak ada tayar?
Jawapan : Kereta kabel
21. Haiwan apakah yang ejaannya mempunyai dua huruf sahaja?
Jawapan : Udang iaitu U dan G
22. Tak ada kepala, ada leher, ada tangan, tak ada jari, ada badan, tak ada kaki?
Jawapan : Baju
23. Permainan apa yang paling berat sekali
Jawapan : catur (sebab kena bawa raja,permaisuri,kuda dan sebaginya
Sumber: Penaputih.com
Komen?