Cinta boleh membuat kita terasa di awang-awangan, tapi ada sesuatu yg memberi kesan kepada kita lebih daripada mood happy tu — Cinta membuat seseorang wanita itu lagi hot dan sihat!
Berikut ini alasan mudah kenapa cinta membuat seseorang lebih cantik, bahagia dan sihat.
Lebih mudah membuat perubahan positif
Jika dahulu kita rasa berat nak diet, apabila in love, baru kita ada motivasi dan matlamat untuk ke gim. Pasangan kita memberi kita pengaruh baik untuk menjadi lebih berkeyakinan dan sihat.
Mengurangkan tekanan dan memberi mood baik
Pelukan dan sentuhan boleh membuat kita lebih tenang. Kajian mengatakan oxytocin yang dibebaskan tatkala dipeluk akan memperbaiki mood seseorang! Tanyalah pasangan yang sudah berkahwin jika anda tidak mempercayainya.
Melindungi jantung
Cinta bukan sahaja membuat degupan jantung berirama, tetapi ia juga melindungi jantung. Sains mengatakan cinta menurunkan risiko kolesterol tinggi, diabetes dan juga tekanan darah.
Panjang umur
Kajian penyelidik UCLA mengatakan kadar kematian di kalangan org yang tak berkahwin adalah lebih tinggi berbanding yang sudah berkahwin.
Lebih awet muda
Bukan hubungan intim sahaja yang boleh memberikan wajah menjadi berseri. Cinta juga boleh membuat wajah seseorang berseri-seri. Cinta melancarkan peredaran darah, memberi kulit nutrien sel dan oksigen yang merupakan resepi awet muda.