Anggap sahaja anda, seorang wanita yang bertuah kerana telah memiliki lelaki terbaik sebagai pasangan hidup yang mungkin didambakan oleh isteri-isteri yang lain.
Tiada manusia yang sempurna, walaupun tak memiliki jenis sikap suami berikut ini, tak bermakna dirinya adalah tidak baik tetapi betulkan semula niat dan cuba perbaiki hubungan anda dan pasangan anda. Syukurilah jua jika dia ada sebahagian besar ciri-ciri yang dikongsikan aliffchannel.com berikut ini.
Masih cuba memenangi hati
Walaupun sudah sah memiliki anda sebagai suri hidupnya tapi dia terus mencuba menambat hati anda. Dia suka memuji, memberi hadiah dan suka keluar berdua seperti sewaktu anda bercinta dahulu.
Meminta nasihat
Golongan suami majoritinya mempunyai kuasa veto tapi dia tetap meminta nasihat anda sebagai isteri dalam banyak perkara kehidupan. Bukan sekadar mendengar tetapi mempraktikkannya kerana dia amat menghargai kehadiran isterinya.
Memuji isteri ketika bersama kawan
Dia menghargai anda dan meluahkannya kepada mereka yang dekat dengannya.
Suka pegang tangan isteri
Ketika keluar makan mahupun shopping, dia tak kekok memegang tangan isterinya. Ini adalah salah satu bahasa tubuhnya yang memberitahu, ‘saya ambil berat tentang awak.‘
Tidak menonton filem lucah
Intimasi hanyalah bersama isterinya bukan dengan orang lain atau mahupun menonton filem lucah.
Buat kerja kotor
Suami tahu tanggungjawabnya di rumah, dia tidak kisah membasuh tandas, menjaga anak atau membersihkan stor rumah.
Menikmati masakan isteri
Walaupun kurang sedap tapi suami tetap makan dan menghargai apa yang dihidangkan oleh isteri.
Ketawa mendengar jenaka
Dia tidak terlalu serius, anda boleh berbual apa saja dengannya malah dia boleh ketawa terbahak-bahak mendengar cerita kelakar atau lawak jenaka dari anda.
Menjaga hubungan dengan Tuhan
Dia tahu hal kewajipan agama dan juga tugas kewajipan sebagai ketua keluarga. Dia membimbing isteri dan anak-anak dalam perihal agama.
Bagaimana? Adakah ciri-ciri di atas ini ada pada suami anda? Jika tak semua, itu tidak mengapa. Fahamilah, seorang isteri dan suami ditakdirkan bersama-bersama untuk saling melengkapi kekurangan masing-masing.
Diolah dari sumber: Familishare.com