Mungkin anda perasan, bahawa ramai wanita-wanita bijak, mempunyai cantik rupa paras dan juga personaliti yang baik sangat susah nak dapat jodoh, ada dikalangan lelaki takut hendak mendekati mereka kerana fikirkan mereka sudah memiliki kekasih, jika dilihat dari paras rupa yang menawan, pasti saja mustahil jika tidak mempunyai teman istimewa bukan?
Selalunya wanita bijak ni susah nak fikir pasal teman lelaki, baginya kerjaya lebih penting untuk menjamin masa depan yang cerah. Ada yang bertanya, mengapa hidup sendirian sedangkan mereka sangat mudah untuk mendapat teman hidup dengan memiliki rupa paras yang cantik dan mempunyai kerjaya, Sebenarnya mereka bukan tidak mahu bercinta, cuma ada beberapa sebab mengapa mereka ambil keputusan untuk hidup sendiri. Ini antara sebab-sebabnya.
Sudah biasa lakukan semuanya sendiri
Wanita bijak sudah pasti mempunyai kerjaya yang bagus dan ada pendapatan sendiri. Disebabkan itu mereka lebih sibuk melakukannya semuanya sendiri, sentiasa sibuk sehingga tiada masa untuk cari pasangan. Bagi mereka mempunyai kerjaya dan kehidupan yang bagus amat penting, selain hendak bercinta dan mengharapkan duit lelaki.
Terlalu memilih & inginkan yang sempurna
Wanita yang bijak memerlukan lelaki yang sempurna disampingnya. Ini adalah fakta ya! Mereka mempunyai kerjaya yang bagus, dan kerana itu mereka lebih bersifat memilih, ianya tidak salah, kerana mereka memilih untuk masa depan mereka.
Terlalu sibuk & hanya ada masa untuk diri sendiri sahaja
Wanita bijak sentiasa memikirkan tentang masa depan. Mereka hanya fikirkan tentang kerja sehingga lupa tentang kebahagian keluarga, soal jodoh dan cinta. Jika anda hendak ajak keluar makan untuk berborak kosong, mereka selalunya menolak dan lebih menghargai masa yang ada.
Pernah terluka & tidak mahu ulangi kesilapan sama
Gagal dalm percintaan pertama selalunya membuatkan mereka takut untuk memulakan cinta baru, dan ia memberi seribu pengajaran bahawa memilih lelaki yang tepat adalah penting.
Lebih mementingkan orang lain dari diri sendiri
Mereka lebih utamakan keluarga dari segalanya, baginya selain kerjaya, keluarga yang paling penting. Jadi bagi mereka soal lelaki terlalu remeh untuk difikirkan kerana banyak tanggungjawab lain yang perlu digalas dan disempurnakan.
Mereka bukan tidak mahu hidup berkeluarga seperti orang lain, cuma mereka lebih bijak dalam memilih pasangan dan mengatur hidup mereka, mungkin saja jodoh mereka belum sampai. Doa saja yang baik-baik, daripada menyibuk ambil tahu masalah orang lain ya!
Sumber: Hanasuva.com