Cinta dan tarikan adalah perkara pelik dan misteri. Banyak perkara yang kita sukar untuk memahami dan kebanyakannya berkaitan dengan seseorang atau pasangan.
Berikut info menarik tentang tabiat cinta dan daya tarikan.
1. Ramai yang cenderung untuk jatuh cinta dengan seseorang seperti mereka. Berkongsi pengalaman hidup, tahap kecantikan, dan umur boleh membawa perbezaan yang besar.
2. Jika anda ingin seseorang untuk jatuh cinta dengan anda, ianya mungkin membantu jika si dia menyerupai ibu atau bapanya, yang berlainan jantina. Ini bermakna warna mata dan rambut, serta umur. Anak-anak daripada ibu bapa yang muda cenderung untuk mencari pasangan muda juga.
3. Ketinggian juga memainkan peranan besar dalam daya tarikan – terutama untuk lelaki – dalam jangka masa pendek dan panjang.
4. Berkongsi pengalaman menakutkan atau mencabar juga satu cara menarik untuk permulaan daya tarikan. Mungkin anda boleh meluangkan masa bersama dengan skydiving?
5. Jika anda dan crush tinggal berdekatan, maka disebabkan itu anda mempunyai perasaan terhadapnya kerana anda berdua dapat saling mengenali. Sebab itu, ramai yang bercinta ketika di sekolah atau universiti, bukan?
6. Senyuman juga satu cara menarik untuk daya tarikan. Kajian mendapati ramai yang tertarik dengan pasangan yang positif.
7. Cara terbaik untuk jatuh cinta dengan seseorang adalah dengan mengenalinya. Satu kajian yang dijalankan kepada dua orang yang tidak mengenali bertanya antara satu sama lain 36 soalan dalam masa 45 minit. Hasilnya, mereka dapat membina keintiman. Dan hampir semua orang dapat melakukannya, jika mereka mencuba.