Biasanya apabila kita mendengar curang ini, perilaku ini biasanya dilakukan oleh pasangan yang belum betul-betul matang dari segi pemikiran dan dikaitkan dengan cinta monyet zaman remaja.
Walau bagaimanapun, ada juga golongan yang tidak matang-matang lagi walaupun usia sudah lanjut. Sesekali juga kita akan terfikir kenapa seseorang lelaki sanggup curang dengan pasangan mereka?
Menurut statistik lagi, kecurangan ini juga dilakukan oleh majoriti dari golongan lelaki dengan pasangan mereka walaupun sudah berkahwin. Walaupun secantik mana pun pasangannya, masih tidak juga setia. Kenapa jadi begini? Berikut ini aliffchannel.com kongsikan sebab dan mengapa lelaki curang dengan wanita, memetik dari pelbagai sumber internet.
1 Sebab Lelaki Curang Dengan Pasangan
2 Wajah Tampan
Walaupun seseorang lelaki itu poket sentiasa kosong dan tiada wang untuk saraan diri sendiri, asalkan ada rupa dan gaya, saham tetap tinggi dan wanita mudah jatuh hati.
3 Rasa Bosan
Bila asyik sahaja selalu bergaduh dan hubungan tak semanis seperti sewaktu zaman bercinta, lelaki mula mencari yang lain untuk mengisi kebosanan tersebut.
4 Kekayaan
Kata orang, wanita diuji ketika pasangannya tiada apa-apa, lelaki pula diuji ketika memiliki segalanya. Ya, lelaki yang kaya mudah untuk curang dengan pasangan kerana dia merasakan perempuan mudah dipujuk dengan kekayaan yang dimiliki olehnya.
5 Balas Dendam
Berkemungkinan dia mahu membalas dendam terhadap perbuatan pasangannya yang turut sama curang. Baru adil dan saksama menurut kata hatinya.
6 Queen Control
Golongan lelaki yang menjadi mangsa queen control pasangan berkemungkinan besar akan curang atas satu sebab sahaja, majoriti lelaki tak suka diperintah.
7 Cinta Lama Berputik Kembali
Dalam sepintas lalu, kisah cinta lama muncul kembali, bermulalah berhubung mengingati epilog kisah cinta dan di situlah mekarnya kisah edisi kecurangan.
8 Penampilan Selekeh
Penampilan diri dan imej adalah perkara yang penting bagi seorang lelaki. Pasangan yang selekeh menjadi faktor berlakunya curang terhadap pasangan. Wahai wanita, kemaskanlah penampilan dirimu buat pasangan.
9 Rasa Menyampah
Perkara yang dirasakan dirinya tidak bagai tak mampu lagi hendak melayan karenah pasangan yang mengada-ngada, berlaku curang adalah penyelesaian muktamad baginya.