Bukan senang hendak menjangkakan pasangan kita akan curang atau tidak, kerana ianya berkaitan dengan hati. Sebagai seorang isteri, anda mempunyai kelebihan dimana jika pasangan ada menyimpan wanita diluar, hatinya akan rasa tidak senang dan mula bertanyakan soalan yang bukan-bukan kepada suaminya. Ianya bukan sebarangan perasaan, ya! Ada kemungkinan perasaan itu betul.
Sebagai seorang isteri pula, anda hendaklah pandai memainkan peranan sebagai seorang isteri. Jangan salahkan suami sahaja bila suami ada menyimpan perasaan terhadap wanita lain. Mungkin saja ada kesilapan yang telah anda lakukan tanpa anda sedari sehinggakan suami anda membuat keputusan untuk mencari wanita lain sebagai tempat mengadu. Mari kita lihat petua-petua untuk memastikan suami kita tidak berlaku curang terhadap anda.
1. Luangkan masa
Sesibu mana pun anda, sama ada anda bekerja ataupun suri rumah tangga, luangkan masa anda dengan suami. Betanyakan khabar suami dan mendengar apa masalah suami hadapi. Bukan hanya ketika duduk berjauhan sahaja bertanya khabar pasangan, setiap hari pun anda boleh bertanyakan khabarnya.
2. Jaga penampilan diri
Walaupun hanya duduk dirumah, pastikan anda menjaga penampilan diri, jangan apabila mahu keluar sahaja mahu nampak cantik sedangkan depan suami sentiasa nampak serabai.
3. Pakai wangi-wangian
Kedengaran remeh tetapi perkara remeh ini la selalunya menjadi punca retaknya hubungan rumahtangga yang lama dibina. Pakai dengan kemas dan berbau harum depan suami boleh menghilangkan penat seharian suami di pejabat apabila dia melihat kecantikkan isterinya ketika dirumah.
4. Berikan suami anda waktu bersendirian
Jangan nak berkepit saja 24 jam, suami kadang-kadang memerlukan ruang utnuk menghilangkan tekanannya. Jika anda sering mendesaknya, anda mungkin akan membangkitkan kemarahan suami anda.
5. Jaga makan minum dengan sempurna
Sudah menjadi tanggungjawab seorang isteri menguruskan makan minum suami, jangan abaikan tanggungjawab anda, jangan pula anda membiarkan suami anda melakukan kerja bersendirian, ya!
Sama-sama menjalani kehidupan suami isteri dengan baik, masing-masing mempunyai tanggungjawab. Paling penting jangan lupa beribadat dan sentiasa berdoa kepada tuhan agar anda hubungan anda kekal hingga ke akhir hayat.