Kadang-kadang kita dikejutkan dengan gangguan yang tidak masuk akal, seperti selepas bermimpi bahawa kita ditpu oleh pasangan kita.
Adakah itu firasat? Adakah ada kemungkinan si dia untuk curang? Adakah ketakutan dan kebimbangan kita menjadi kenyataan seperti yang kita impikan? Atau sebaliknya, adakah satu kebetulan dan tak perlu difikirkan?
Saintis dari Universiti Maryland sepakat menyimpulkan bahawa jenis mimpi ini berkaitan dengan masalah komunikasi serius dengan pasangan.
Selepas melakukan kajian yang teliti dengan 5,000 orang pesakit, Lauri Loewenberg, seorang penganalisis pakar dan penyelidik mengenai fungsi dan sifat mimpi, mengatakan bahawa dalam beberapa kes, mimpi tentang ketidaksetiaan adalah produk atau petunjuk keadaan sebenar.
Jadi mengapa mimpi yang sama berulang kali muncul? Adakah ini bermakna apa-apa?
Masalahnya adalah kerana kita rasa kita tidak mendapatkan waktu, perhatian atau layanan yang diperlukan dari pasangan kita.
Inilah sebab mengapa mimpi datang begitu kerap. Malah dalam hubungan yang lebih sihat, situasi seperti itu boleh muncul kerana kita tidak rasa selesa.
Sisi positif kajian ini adalah bahawa mimpi seperti itu boleh mencetuskan peringatan dan membuka pintu dialog bersama pasangan, bukan perihal kecurangan, tetapi sebagai alasan untuk meningkatkan komunikasi dan menghapuskan ketidakselesaan tanpa sedar.
Dengan cara itu, mimpi paradoks ini dapat menyelamatkan hubungan kita.
Sumber: perfecto.guru