Aliff Channel
  • Utama
  • Hubungan
  • Gaya
  • Teknologi
  • Kesihatan
  • Sains
  • Inspirasi
  • Semua
Tiada
Lihat semua
  • Utama
  • Hubungan
  • Gaya
  • Teknologi
  • Kesihatan
  • Sains
  • Inspirasi
  • Semua
Tiada
Lihat semua
Aliff Channel
Tiada
Lihat semua
Utama Hubungan

Kita Hanya Jatuh Cinta Dengan 3 Orang Dalam Seumur Hidup

17/01/2017
dalam Hubungan
2 minit bacaan
0

Ilustrasi

21.3k
PERKONGSIAN

“Cinta hanya satu perkataan sehinggalah seseorang datang dan memberikan makna.”

Kita hanya benar-benar jatuh cinta dengan tiga orang yang pernah hadir dalam kehidupan kita. Malah, kita memerlukan setiap cinta itu atas sebab yang berbeza. Kebiasaannya, cinta pertama ketika kita masih muda, di zaman persekolahan. Ini cinta idealistik – seperti kisah dongeng yang kita baca ketika kecil.

Inilah cinta yang menggambarkan apa yang kita perlu lakukan untuk masyarakat dan mungkin juga untuk keluarga kita. Kita percaya bahawa ini sahaja cinta kita dan kita tidak peduli jika ianya dirasakan tidak sesuai, atau jika kita terpaksa menelan kebenaran yang pahit asalkan hubungan itu menjadi kerana kita percaya inilah cinta.

3 cinta hidup

Di samping itu, jenis cinta ini membuatkan kita tidak peduli dengan pandangan orang lain kerana perasaan kita lebih penting. Inilah cinta yang kelihatan betul.

Kedua, cinta yang sepatutnya menjadi cinta yang sukar, yang memberikan kita pengajaran tentang siapa kita dan bagaimana yang kita inginkan atau perlukan untuk dicintai. Jenis cinta ini agak menyakitkan, sama ada melalui penipuan, kesakitan, atau manipulasi.

Kita fikir kita membuat pilihan yang berbeza berbanding cinta yang pertama, tetapi sebenarnya kita masih membuat keputusan di luar keperluan kerana kita bertahan. Cinta kedua ini boleh menjadi satu kitaran, kerana kadangkala kita mengulanginya disebabkan kita berfikiran itulah penghujung kisah cinta. Tetapi, setiap kali kita mencuba, ianya semakin memburuk.

Cinta kedua ini penuh dengan drama, dan inilah cinta yang anda berharap cinta yang betul.

Cinta ketiga pula ialah cinta yang kita tidak pernah jangkakan kehadirannya. Seseorang yang sering mencari kesalahan kita dan memusnahkan pemikiran kita tentang bagaimana cinta itu sepatutnya berlaku. Inilah cinta yang datang dengan mudah dan kita merasakan mustahil akan terjadinya cinta. Ianya seperti hubungan yang tidak dapat diterangkan dan membuatkan kita terkejut kerana berada di luar jangkaan.

Baca Juga  6 Hadiah Ulangtahun Perkahwinan Membuatkan Suami Lebih Sayang

Inilah cinta yang datang ketika hadirnya seseorang itu dan sesuai kerana tiada tanggapan tertentu tentang bagaimana seseorang itu harus berkelakuan, malah tiada tekanan yang memaksa kita menjadi orang lain.

3 cinta 2

Kita terima si dia seadanya. Ini membuktikan cinta tidak semestinya perlu tersusun mengikut caranya. Inilah cinta yang dirasakan betul.

Mungkin kita tidak pernah melalui semua cinta ini, tetapi mungkin kerana kita belum bersedia untuk bercinta. Mungkin hakikatnya kita perlu belajar apa erti cinta sebenarnya.

Masih ada mereka yang di luar sana, bercinta hanya sekali dan berkekalan hingga ke akhir hayat. Ada yang memberitahu bahawa mereka orang yang bertuah, dan mungkin mereka bertuah. Tetapi, mereka yang berjaya melalui sehingga berjumpa cinta ketiga adalah lebih bertuah.

Tidak bermakna kegagalan sebelum ini akan menjadi kegagalan buat selama-lamanya. Tiada salahnya mencuba sekali lagi dan berkemungkinan besar ianya sangat berbaloi, kerana hakikatnya kita tidak tahu bila kita benar-benar jatuh cinta.

“Awak menjumpai sebahagian diri saya yang saya tidak tahu sebenarnya wujud dalam diri awak, dan dalam diri awak, saya menjumpai cinta yang saya sangka tidak lagi wujud.”

Hashtag: jatuh cinta

Artikel Berkaitan

Ilustrasi - Foto: Unsplash.com

Lelaki Suka Curang Berpotensi Untuk Mati Lebih Awal – Kajian

20/11/2020
maksud mimpi dicurangi pasangan

Mimpi Dicurangi Pasangan, Apa Maksud Sebenarnya?

01/06/2020
terlalu bergantung pada pasangan

Ini Tandanya Anda Terlalu Bergantung Kepada Pasangan

26/05/2020
tips kewangan buat yang baru berkahwin

5 Tips Mudah Menguruskan Kewangan Untuk Pasangan Yang Baru Berkahwin

23/05/2020
bila lelaki mengabaikan seseorang wanita

Bila Seorang Lelaki Mengabaikan Seseorang Wanita Dia Hanya Mengajarnya Bagaimana Untuk Hidup Tanpa Dia

16/05/2020
kawan sejati di tempat kerja

Mempunyai Kawan Sejati Di Tempat Kerja Adalah Salah Satu Rahmat Terhebat Dalam Hidup

16/05/2020

Komen?

Popular minggu ini

  • maksud mimpi dicurangi pasangan

    Mimpi Dicurangi Pasangan, Apa Maksud Sebenarnya?

    138 perkongsian
    kongsi 138 Tweet 0
  • Sebab Kenapa Lelaki Ramai Yang Jatuh Di Tangan Wanita Janda

    21880 perkongsian
    kongsi 21880 Tweet 0
  • Kita Hanya Jatuh Cinta Dengan 3 Orang Dalam Seumur Hidup

    21304 perkongsian
    kongsi 21304 Tweet 0
  • 5 Sebab Lelaki Tak Akan Berhenti Untuk Berlaku Curang

    3692 perkongsian
    kongsi 3692 Tweet 0
  • Jenis-Jenis Perempuan Yang Manja

    18265 perkongsian
    kongsi 18265 Tweet 0
Aliff Channel
  • Dasar Privasi

Copyright © 2020 • aliffchannel.com All Right Reserved

Tiada
Lihat semua
  • Utama
  • Hubungan
  • Gaya
  • Teknologi
  • Kesihatan
  • Sains
  • Inspirasi
  • Pengiklanan

Copyright © 2020 • aliffchannel.com All Right Reserved